Selesai Jalani Pembedahan, Zamani Tidak Lagi Kelihatan Bongkok & Dibenarkan Balik Rumah [Video]

Entertainment
11 Nov 2022 • 10:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Zamani dibenarkan pulang

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Zamani Slam sebelum ini menghidap penyakit Skoliosis iaitu masalah tulang belakang yang membengkok ke arah sisi.

Berikutan itu, penyanyi terbabit telah selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa hampir 7 jam untuk membetulkan masalah tersebut di sebuah hospital swasta di Cheras, pada 7 November lalu.

Zamani dibenarkan pulang ke rumah

Terbaharu, Zamani yang ditahan selama tiga di dalam wad selepas menjalani pembedahan dilaporkan telah pulang ke rumah pada petang semalam (10 November).

Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Juliana menerusi satu video yang dimuat naik di Intagram.

Kelihatan Zamani berjalan dalam keadaan badan yang tegak, ucap terima kasih kepaada semua yang membantu

Menerusi video tersebut, kelihatan pelantun lagu Gerimis Mengundang itu sedang berjalan sambil dipimpin oleh seorang jururawat.

Apa yang menarik, dalam video tersebut postur badan Zamani kini dilihat semakin baik dan berbeza apabila dia tidak lagi membongkok seperti sebelum ini.

“Assalamualaikum semua, alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital petang ini (10 November).

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, kumpulan operasi dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pasangan itu dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, para peminat, pihak media serta semua yang menyumbang untuk memberikan dana bagi menjalani pembedahan berkenaan.

“Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” jelasnya lagi.

Baca artikel berkaitan: