Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Posisi Badan Dilihat Kembali Normal

Entertainment
10 Nov 2022 • 5:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita perasaan, keadaan penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari, Zamani begitu mengharukan, dirinya yang dilihat semakin kurus dan membongkok itu membuatkan rakan selebriti iaitu Datuk Aznil Nawawi juga turut bersimpati dan berbesar hati untuk hulurkan bantuan.

Mengimbau semula beberapa bulan lepas, Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ada membuat satu tabung bantuan buat Zamani yang menderita sakit tulang belakang atau skoliosis itu untuk melakukan pembedahan.

Hasilnya, Harian Metro melaporkan bahawa Pak Nil sebelum ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM101,103.84.

 

Dah menjalani pembedahan & boleh pulang

Oleh itu, dilihat ‘penderitaan’ Zamani kini telah berakhir apabila Pak Nil menerusi Instagram miliknya hari ini menyatakan bahawa vokalis kumpulan Slam ini telah menjalani pembedahan dan kini dibenarkan pulang.

Dalam posting tersebut, dilihat Zaman berjalan seperti biasa dan posisi badannya kelihatan menegak seperti sediakala.

Melihat keadaan Zamani sekarang, ramai rakan artis memanjatkan rasa syukur dan tidak lupa juga kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan Zamani.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, Zamani telah dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi Isnin dan prosedur pembedahan itu memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.

Malah, Gempak turut melaporkan bahawa Zamani bakal mengambil dalam 2 hingga 6 minggu dan memerlukan masa selama 3 bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum aktif menyanyi semula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article