Selesai kes cerai Aliff Aziz, ibu kembali dengan kata2 hikmah – “Hati tenang itu mahal”

14 Jun 2024 • 9:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selepas selesai kes cerai Aliff Aziz bersama aktres Bella Astillah, ibu aktor iaitu Siti Hafiza Basharil melakukan kemunculan semula lewat malam Khamis di akaun media sosial miliknya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Siti Hafiza memuat naik satu foto memaparkan ucapan kesyukuran dan meluahkan rasa syukur itu lebih lanjut di ruangan kapsyen.

Ibu kembali membuat hantaran selepas kes cerai Aliff Aziz selesai

image is not available

“Alhamdulillahirobbilalamin, di hari Khamis yang penuh baraqah ini kami sekeluarga mengucap syukur, Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan kepada kami sekeluarga.

“Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Hafiza turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga.

image is not available

Foto: HibGlam

“Pada anda yang sentiasa mendoakan kami, masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan.

“Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya aAllah yang dapat memberikan kita ketenangan,” ucapnya.

Sementara itu, wanita itu juga menitipkan kata-kata hikmah dan berkata setiap orang perlu belajar dari khilaf mereka disamping mengingatkan untuk sentiasa istiqomah menjadi insan yang lebih baik.

image is not available

“Sebagai insan, wajib belajar dari segala kekhilafan dan mohon Allah kekalkan, semoga kita terus istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Ajal, maut, rezeki, kebahagiaan dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha, selebihnya kita bertawakkal kepada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat, semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah,” luahnya.

Bagaimanapun, Siti Hafiza telah menutup ruangan komen pada hantaran itu dan tiada komen daripada netizen yang diperolehi.

Kes cerai Aliff Aziz selesai

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Sekadar info, Aliff melafazkan cerai talak saatu terhadap isterinya, Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac namun kedua-dua pelakon itu menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Selepas penangkapan itu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Sumber: Instagram Fiza Aziz