
Ibu kepada artis sensasi kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil muncul semula menerusi hantaran terbaharu di Instagram lewat malam Khamis, usai kes penceraian anaknya dan menantu, Bella Astillah.
Memanjatkan rasa syukur atas segala urusan yang dipermudahkan Ilahi, Siti Hafiza juga menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pihak.
"Alhamdulillahirobbilalamin di hari Khamis yang penuh baraqah ini kami mengucap syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.
"Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yg daif dan tidak sempurna.
"Pada anda yang sentiasa mendoakan kami masya-Allah hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda sekalian dan yang sebaliknya tabarakallah juga kami ucapkan," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, seakan-akan memberikan refleksi diri tentang jatuh bangun kehidupan, Siti Hafiza turut meletakkan perlambangan tentang ketenangan hati.
"Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.
"Sebagai insan wajib belajar dari segala kehilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.
"Ajal maut rezeki kebahagian dan semuanya Allah yang tentukan. Kita terus berusaha selebihnya kita bertawakkal pada-Nya. Salam buat semua anda insan-insan hebat semoga sentiasa dalam rahmah dan baraqah allah aamiin allahumma aamiin," tulisnya lagi.


