Selisih faham hal rumah tangga punca isteri simbah warga emas guna cuka getah

26 Aug 2026 • 9:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Selisih faham hal rumah tangga punca isteri simbah warga emas guna cuka getah

GUA MUSANG: Perselisihan faham berhubung perihal rumah tangga menyebabkan seorang wanita bertindak menyimbah cecair dipercayai cuka getah kepada suaminya yang sedang tidur di rumah mereka di Kampung Bertam Baru di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.14 pagi itu, mangsa yang berusia 63 tahun mengalami kecederaan lecur sebelum dihantar oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Bertam di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, warga emas itu disimbah dengan cecair cuka getah ketika sedang tidur oleh isterinya yang berusia 33 tahun.

Katanya, mangsa yang melecur dihantar oleh rakannya ke Klinik Kesihatan Bertam dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

“Suspek yang merupakan isteri kepada mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian perut dan telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini.

“Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan rumah tangga, namun motif sebenar kes tersebut masih dalam siasatan,” katanya ketika sebentar tadi

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.-UTUSAN

 

The post Selisih faham hal rumah tangga punca isteri simbah warga emas guna cuka getah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved