Seluar Terlondeh, Kanak-kanak Bantu ‘Ipin’ Betulkan Seluar

Entertainment
7 Oct 2023 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Maskot karakter kartun kegemaran ramai kanak-kanak seperti Doraemon, Upin Ipin dan Transformers memang sering ditemui di tempat-tempat pelancongan seperti di tepi pantai atau kawasan taman yang bertujuan untuk menarik minat si cilik.

Kali ini, maskot karakter Upin Ipin iaitu Ipin di Indonesia pula telah menarik perhatian warganet gara-gara maskot tersebut berdepan dengan masalah iaitu seluar terlondeh ketika sedang menghiburkan kanak-kanak.

Video kejadian tersebut telah dirakam oleh orang awam sebelum dimuat naik di TikTok seorang individu yang dikenali sebagai lely_faj dan ia telah menghiburkan ramai pengguna media sosial.

Dalam video yang berdurasi selama 17 saat itu, dapat dilihat maskot itu berlari dan menekup mukanya di kerusi taman kerana malu seluarnya londeh.

Dapat dilihat juga maskot Ipin yang memakai baju bewarna biru itu sedang berusaha untuk memakai semula seluar pendeknya yang terlondeh.

Tak lama kemudian, ada seorang kanak-kanak mendekati maskot terbabit untuk membantunya.

image is not available

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat individu yang memakai maskot tersebut dan ada ramai juga yang memuji kanak-kanak itu kerana membantunya.

image is not available

Kesian ‘Ipin’, nampaknya dia kena pakai tali pinggang la lepasni sebab seluar dah longgar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article