Seluruh England: Pearly-Thinaah hantar beregu nombor satu dunia pulang

14 Mar 2024 • 11:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly-Thinaah mengejutkan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024.

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan persembahan bertenaga di Kejuaraan Badminton Seluruh England 2024 Super 1000.

Beregu nombor 15 dunia tersebut tampil dengan motivasi tinggi selepas menyingkirkan cabaran rakan senegara, Vivian Hoo- Lim Chiew Sien, straight set 21-10, 21-10 dalam aksi 26 minit pada Rabu.

Pada Khamis, giliran beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China dihantar pulang menerusi kemenangan straight set, 22-20, 21-16 dalam aksi 49 minit di Utilita Arena Birmingham, England.

Pearly-Thinaah akan berdepan wakil Jepun nombor 11 dunia, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto di suku akhir yang sebelum itu menyingkirkan cabaran beregu Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 14-21, 21-10, 21-16 dalam masa 60 minit.

Bagaimanapun cabaran beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berakhir selepas tewas kepada gandingan nombor empat kejuaraan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Soon Huat-Shevon Lai yang berstatus nombor 14 dunia tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, straight set 21-12, 21-5 dalam masa 28 minit.

Soon Huat-Shevon Lai sebelum itu mara setelah menewaskan gandingan dari Taiwan, Chang Ko chi-Lee Chih Chen, 21-17, 26-24 dalam masa 43 minit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved