Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

28 Sep 2024 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.