Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

28 Feb 2025 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

Cuaca sama diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.