Keputusan Peperiksaan STPM 2025 boleh disemak mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi bagi SMS dan 11.30 pagi bagi semakan online. Anda boleh buat semakan online melalui https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui media rasmi dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai STPM
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah peperiksaan bagi kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan laluan utama untuk kemasukan ke universiti awam.
Ia merupakan peperiksaan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Pengajian Tingkatan 6 ini mengambil masa selama 3 semester (1.5 tahun) dan menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah serta peperiksaan akhir setiap semester.
Pengredan STPM
Pengredan peperiksaan ini adalah seperti berikut:
| Gred | NGMP (Nilai Gred) | Julat Markah (%) | Keterangan |
|---|---|---|---|
| A | 4.00 | 80 – 100 | Lulus Penuh |
| A- | 3.67 | 70 – 79 | Lulus Penuh |
| B+ | 3.33 | 60 – 69 | Lulus Penuh |
| B | 3.00 | 50 – 59 | Lulus Penuh |
| B- | 2.67 | 47 – 49 | Lulus Penuh |
| C+ | 2.33 | 44 – 46 | Lulus Penuh |
| C | 2.00 | 40 – 43 | Lulus Penuh |
| C- | 1.67 | 37 – 39 | Lulus Sebahagian |
| D+ | 1.33 | 33 – 36 | Lulus Sebahagian |
| D | 1.00 | 30 – 32 | Lulus Sebahagian |
| F | 0.00 | 00 – 29 | Gagal |
Pekeliling Semakan Keputusan Peperiksaan STPM 2025
Info Penting Semakan Keputusan STPM 2025
- Tarikh & Masa Keputusan Diumumkan
Keputusan STPM 2025 akan diumumkan pada 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi, melibatkan semua jenis calon.
- Cara Semakan Keputusan
Calon boleh menyemak keputusan melalui dua kaedah utama iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi MPM (https://stpm.mpm.edu.my/stpmK), atau menggunakan khidmat SMS dengan menghantar format yang ditetapkan ke nombor 15888 mulai 11.00 pagi.
- Saluran Pertanyaan & Aduan
Sebarang pertanyaan, aduan atau masalah berkaitan boleh dihantar melalui emel rasmi:- stpm@mpm.edu.my atau semaksemulastpm@mpm.edu.my.
Cara Semakan Keputusan STPM Online & SMS
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan 2 kaedah semakan keputusan iaitu:
KAEDAH SEMAKAN
i) Semakan melalui Pautan MPM
Sila layari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Atau semak melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM]

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.
ii) Semakan Melalui SMS
STPM
Sistem ini akan diaktifkan mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke stpm@mpm.edu.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk media sosial rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di bawah:
- Laman web : http://www.mpm.edu.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/MajlisPeperiksaan
- Instagram : https://www.instagram.com/majlispeperiksaan/
Soalan Lazim Semakan Keputusan STPM
Bilakah tarikh semakan keputusan STPM 2025?Semakan keputusan boleh dibuat pada 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi
Siapakah yang boleh membuat semakan keputusan ini?Semua jenis calon STPM 2025 dibenarkan membuat semakan keputusan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan STPM?Calon boleh membuat semakan melalui dua kaedah:
Portal MPM: https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
SMS: Taip STPM
Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel ke stpm@mpm.edu.my.
Siapa yang boleh dihubungi untuk pertanyaan berkaitan peperiksaan ini?Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke semaksemulastpm@mpm.edu.my.
Adakah semakan keputusan secara manual boleh dibuat?Tidak. Semakan keputusan secara manual tidak akan dipertimbangkan.
Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026





