Tetikus Boleh Lipat Logitech Mobi Fold Kini Di Malaysia – Harga RM439

TechnologyDigital
11 Jun 2026 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tetikus Boleh Lipat Logitech Mobi Fold Kini Di Malaysia – Harga RM439

Logitech Mobi Fold dilancarkan secara rasmi termasuk di Malaysia. Ia hadir dengan reka bentuk menarik yang boleh dilipat separuh melalui engsel berbalut silikon, sekali gus menjadikannya mudah disimpan dalam poket.

Image from: Tetikus Boleh Lipat Logitech Mobi Fold Kini Di Malaysia – Harga RM439

Berbeza dengan tetikus lipat lain seperti Surface Arc Mouse, Mobi Fold lebih kepada gaya lipat tutup berbanding lipatan rata. Ia juga ringan dengan Logitech mendakwa engselnya mampu bertahan untuk penggunaan harian sehingga 15 tahun. Kemudian, tiada butang kuasa disediakan sebaliknya pengguna hanya perlu melipat tetikus untuk mematikannya.

Image from: Tetikus Boleh Lipat Logitech Mobi Fold Kini Di Malaysia – Harga RM439

Mobi Fold hadir dengan sensor optik 4K DPI serta panel sentuh pelbagai fungsi membolehkan pengguna menatal, membuat klik tambahan (sama ada maju/kembali) dan menetapkan semula fungsi melalui aplikasi Logi Options Plus. Tetikus ini juga boleh dipasangkan dengan sehingga tiga peranti pada masa yang sama. Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga sebulan dengan sekali cas penuh manakala pengacasan semula selama satu minit sudah cukup untuk memberikan sehingga 22 jam penggunaan tambahan.

Image from: Tetikus Boleh Lipat Logitech Mobi Fold Kini Di Malaysia – Harga RM439

Bagi yang berminat, Logitech Mobi Fold dijual pada harga RM439 di Malaysia dengan pilihan warna Graphite, Putih, Ungu Lembut dan Sand. Ia boleh didapati melalui pengedar sah serta di kedai rasmi Logitech di Shopee dan Lazada.