Semakan Keputusan Program Penajaan JPA 2026 Lepasan SPM

LocalPersonal Finance
19 Jun 2026 • 3:19 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2025 yang telah memohon penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2026, semakan keputusan boleh dibuat menerusi https://penajaan.jpa.gov.my/ mulai 19 Jun 2026.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JPA sekali lagi telah menawarkan kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon tajaan di bawah program penajaan JPA.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang program-program ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Image from: Semakan Keputusan Program Penajaan JPA 2026 Lepasan SPM

Program Penajaan JPA 2026 Untuk Lepasan SPM 2025

Seperti yang dimaklumkan di bahagian awal artikel ini, JPA telah meneruskan program penajaan mereka bagi pelajar lepasan SPM.

Program penajaan yang ditawarkan adalah ialah:

  • Program Penajaan Nasional (PPN)
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui tentang program-program ini dan syarat permohonannya anda boleh lihat pada senarai di bawah:

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) ialah program penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dan berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), serta Sains Sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman.

    Syarat Kelayakan Umum

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

    Bentuk Penajaan

    Pinjaman Boleh Ubah (PBU): Boleh ditukar kepada biasiswa penuh mengikut syarat perkhidmatan selepas tamat pengajian dan berkhidmat dengan kerajaan jika ditawarkan peluang pekerjaan.

    2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

    Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan inisiatif penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi peluang kepada 200 pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.

    Program ini menawarkan penajaan secara berpakej dari peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU), dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti.

    Syarat-syarat Umum:

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
    • Keutamaan diberikan kepada pelajar dengan latar belakang keluarga golongan B40 dan M40.

    Syarat Khusus:

    • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya.
    • Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.

    3. Program Penajaan Nasional (PPN)

    Program Penajaan Nasional (PPN) adalah penajaan eksklusif yang diberikan kepada 20 pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti terkemuka di dunia.

    Penajaan ini merangkumi pengajian dari peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama secara berpakej, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Bentuk Penajaan:
    Penajaan diberikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana pinjaman tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa penuh sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.

    Syarat Umum Permohonan:

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
    • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
    • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; 
    • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
    • Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
    • Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya.

    Peringkat Pengajian:
    Pelajar yang berjaya akan mengikuti program persediaan, seperti Program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan, sebelum melanjutkan ke peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia yang tersenarai dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, atau ARWU.

    Tarikh Semakan Keputusan

    Tarikh semakan keputusan mula dibuka mulai 19 Jun 2026, jam 10 pagi – 22 Jun 2026, jam 5.00 petang.

    Cara Membuat Semakan

    Semakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/ mulai 19 Jun 2026, jam 10 pagi – 22 Jun 2026, jam 5.00 petang.

    Soalan Lazim

    Apakah penajaan yang ditawarkan oleh JPA untuk pelajar lepasan SPM 2025?

    Program penajaan yang ditawarkan adalah ialah:
    – Program Penajaan Nasional (PPN)
    – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
    – Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

    Bilakah semakan keputusan permohonan boleh dibuat?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 19 Jun 2026 – 22 Jun 2026.

    Apakah bentuk penajaan bagi Program Penajaan Nasional (PPN)?

    Penajaan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana pinjaman tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa penuh sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selepas tamat pengajian.

    Berapakah umur yang layak bagi pemohon Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM)?

    Umur mestilah belum mencapai 19 tahun, atau belum 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

    Jika saya telah menerima penajaan daripada pihak lain, adakah saya boleh membuat permohonan?

    Tidak. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

    Bagaimanakah cara untuk membuat semakan keputusan penajaan ini?

    Semakan keputusan penajaan boleh dibuat menerusi pautan https://penajaan.jpa.gov.my/.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

    Baca juga: Cuti Bersalin Kerajaan – Kelayakan & Pekeliling JPA

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved