Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

LocalFamily & Parenting
2 Sep 2026 • 2:18 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Semakan PKSK: MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATA 4 BAGI SESI AKADEMIK 2027

Semakan pusat PKSK boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4) bermula 11 September 2026.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus bagi sesi 2027/2028.

Jenis sekolah khusus:

  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)

Permohonan PKSK sesi 2027 telah dibuka bermula 10 Julai 2026 dan telahpun DITUTUP pada 14 Ogos yang lepas. Semakan pusat ujian PKSK pula boleh disemak bermula:

  • Tingkatan 1: 11 September – 22 Oktober 2026
  • Tingkatan 4: 11 September – 1 Oktober 2026

Pelaksanaan ujian PKSK pula dilaksanakan dari 12 Oktober hingga 22 Oktober 2026 untuk Tingkatan 1, manakala bagi Tingkatan 4 adalah antara 21 September hingga 1 Oktober 2026.

Pendaftaran masuk untuk sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk sesi akademik 2027/2028 pula pada 5 Januari 2026.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut untuk makluman bersama

Apa itu PKSK?

PKSK adalah satu sistem ujian penilaian bersepadu yang digunakan untuk menilai calon pelajar yang ingin memasuki sekolah khusus di Malaysia sebagai syarat kelayakan utama.

Pentaksiran ini adalah bagi kemasukan ke Ting 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) & Ting 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

permohonan sekolah khusus 2027
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 

PKSK menggantikan kaedah temu duga dan ujian saringan fizikal sebelum ini dengan pentaksiran yang dijalankan secara dalam talian menggunakan teknologi, yang dikenali sebagai “single entry point”.

Ujian ini menilai pelbagai aspek pelajar seperti kecerdasan insaniah (emosi, spiritual dan sosial), kecerdasan intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah), serta artikulasi penulisan.

PKSK wajib diduduki oleh pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus tersebut. Ia merupakan satu ujian rasmi tunggal bagi kemasukan ke sekolah khusus di Malaysia.

Format PKSK terdiri daripada tiga komponen utama:

  • Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B: Kecerdasan Intelek (70%)
  • Bahagian C: Artikulasi Penulisan (10%)

Ujian ini dijalankan atas talian di pusat yang ditetapkan KPM dengan tempoh tertentu, bergantung pada sesi kemasukan. Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Modul Pengurusan Murid KPM (APDM / MOEIS)
  • Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2026).

Tarikh Penting PKSK 2026

Ibu bapa / penjaga murid diminta agar mengambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2026.

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK SESI KEMASUKAN 2027/2028

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Tingkatan 1:

  • 10 Julai – 14 Ogos 2026: Permohonan PKSK Tingkatan 1
  • 11 Sept – 22 Okt 2026: Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1
  • 12 Okt – 22 Okt 2026: Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1
  • 18 Dis 2026: Semakan Tawaran Tingkatan 1 Tahun 202
  • 5 Jan 2027: Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 202
Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

RAYUAN PKSK SESI KEMASUKAN 2027/2028

  • Sesi rayuan akan dibuka pada: 18 Disember 2026 – 5 Januari 2027.
  • Semakan keputusan rayuan PKSK boleh disemak bermula 5 Februari sehingga 16 Februari 2027.
Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

    Tingkatan 4:

    • 10 Julai – 14 Ogos 2026: Permohonan PKSK Tingkatan
    • 11 Sept – 1 Okt 2026: Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4
    • 21 Sept – 1 Okt 2026: Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4
    • 18 Dis 2026: Semakan Tawaran Tingkatan 4 Tahun 2027
    • 5 Jan 2027: Pendaftaran Tingkatan 4 Tahun 2027
    Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

    RAYUAN PKSK SESI KEMASUKAN 2027/2028

    • Sesi rayuan akan dibuka pada: 18 Disember 2026 – 5 Januari 2027.
    • Semakan keputusan rayuan PKSK boleh disemak bermula 5 Februari sehingga 16 Februari 2027.
    Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

    Tarikh Permohonan

    Permohonan PKSK sesi 2027 telah dibuka bermula 10 Julai 2026 dan telahpun DITUTUP pada 14 Ogos yang lepas.

    Permohonan boleh dilakukan melalui:

    1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):

    2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

    Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4

    Berikut adalah tarikh semakan pusat pentaksiran bagi tahun 2026:

    • Tingkatan 1: 11 September – 22 Oktober 2026
    • Tingkatan 4: 11 September – 1 Oktober 2026

    Semakan boleh dibuat melalui URL berikut :

    SEMAKAN PKSK

    Tarikh Ujian PKSK

    Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2026 bagi sesi 2027/2028 akan diadakan pada tarikh berikut:

    • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 12 Oktober hingga 22 Oktober 2026
    • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 : 21 September hingga 1 Oktober 2026

    Jadual Pelaksanaan

    Tingkatan 1:

    Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

    Tingkatan 4:

    Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

    Persediaan Menduduki Ujian PKSK

    Makluman bagi calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan:

    • Kad Pengenalan Diri
    • Slip Pendaftaran Ujian
    • Borang Deklarasi Kesihatan
    • Alat tulis

    Serta lengkap berpakaian uniform sekolah dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan.

    semakan pksk
    Persediaan Menduduki Ujian PKSK
    semakan pksk
    Persediaan Menduduki Ujian PKSK

    Cetak Slip Pendaftaran

    Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.

    Semakan PKSK
    Slip MendudukI PKSK

    Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.

    slip pksk
    Slip MendudukI PKSK

    Format Ujian PKSK – Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus

    Format PKSK
    Format PKSK

    Image from: Semakan PKSK 2027/2028 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh
    Format Ujian PKSK sesi 2026/2027

    Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

    • Untuk kenalpasti karakter murid;
    • Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
    • 30 soalan objektif;
    • Tiada jawapan betul / salah;
    • Skor markah 20%

    Bahagian B: Kecerdasan Intelek

    • Ukur tahap kognitif pelajar;
    • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;
    • Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
    • 10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;
    • Tempoh ujian 90 minit;
    • 70 soalan objektif;
    • Betul 1 markah, Salah 0 markah;
    • Skor markah 70%

    Bahagian C: Artikulasi Penulisan

    • Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
    • 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
    • 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;
    • Tempoh masa 45 minit;
    • Skor markah 10%.

    Ujian PKSK akan dijalankan secara dua fasa untuk tiga bahagian.

    Fasa pertama calon perlu menyiapkan bahagian penulisan karangan (Bahagian C) dengan syarat minimum seperti 100 patah perkataan untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4.

    Fasa kedua pula melibatkan penilaian kecerdasan insaniah dan intelek (Bahagian A dan B) secara dalam talian di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM dengan masa sekitar 90 minit bagi setiap calon.

    Carta Alir Pengurusan Menduduki PKSK
    Carta Alir Pengurusan Menduduki PKSK

    BACA JUGA: Contoh Soalan PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

    Semakan Keputusan PKSK

    Semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus sesi 2026/2027 murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM biasanya diumumkan pada akhir tahun.

    Sila buat semakan melalui pautan rasmi KPM :

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

    ATAU

    Hubungi KPM di talian berikut:

    • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
    • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
    • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
    • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

    NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

    FAQ – Semakan PKSK Sesi 2027/2028

    1. Apa itu PKSK?

    Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah satu sistem ujian berpusat yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai kelayakan pelajar kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV dan MTD.

    2. Siapa yang wajib menduduki PKSK?

    Semua pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus tersebut wajib menduduki PKSK.

    3. Apa format ujian PKSK?

    PKSK mempunyai tiga bahagian utama:
    – Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 20%
    – Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70%
    – Bahagian C: Artikulasi Penulisan (karangan) – 10%

    4. Bagaimanakah cara membuat permohonan PKSK?

    Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui:
    – Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
    – Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

    5. Bagaimana untuk menyemak tarikh dan lokasi pusat ujian?

    Semakan pusat ujian dan tarikh PKSK boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari, 11 September 2026 melalui portal rasmi berikut
    – Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
    – Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

    6. Bolehkah tukar tarikh / lokasi PKSK?

    Sebarang pertukaran lokasi dan tarikh adalah tidak dibenarkan.

    BACA JUGA:

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved