SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan Tingkatan 1 & 4 2027

2 Sep 2026 • 9:15 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) akan membuka permohonan kemasukan Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu bagi tahun 2027 menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Image from: SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan Tingkatan 1 & 4 2027

Sejarah Penubunan SMAN Terengganu

Sejarah Pendidikan Sekolah Agama di Negeri Terengganu bermula dengan sistem sekolah pondok sebelum perang dunia kedua. Lahir dari kesedaran para cendekiawan dan ilmuwan berpendidikan agama.

Pada Peringkat awal penubuhan sekitar tahun 1930an, madrasah-madrasah ini adalah sumbangan  orang-orang dan juga Kerajaan Negeri. Sekolah-sekolah ini berasal daripada sekolah pondok dan dinamakan madrasah.

Selepas itu, Sekolah Agama tersebut dikenali sebagai Sekolah Arab yang mana pada awal penubuhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah tersebut menfokuskan kepada Agama dan Bahasa Arab.

Selepas tahun 1960an, Sistem pendidikan Sekolah Arab ini telah dikaji dan sistem baru yang lebih sesuai telah diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran dengan Bahasa Arab dan Pelajaran Agama tidak diketepikan.

Sistem Peperiksaan SRP dan PMR mulai diperkenalkan dan pelajar-pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut.

Bersesuaian dengan sistem pendidikan baru yang berorientasikan Sistem Pendidikan Kebangsaan itu maka, Sekolah-sekolah Arab seterusnya dipanggil Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMAN Terengganu).

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 September 2026 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 30 September 2026.

Senarai Sekolah

Sekolah yang terlibat bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 adalah seperti berikut:

Tingkatan 1

Sekolah Menengah Agama (Berasrama Penuh)

  1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
  2. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
  3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
  4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (Pengambilan murid lelaki sahaja)
  5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)

Sekolah Menengah Agama Harian

  1. Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)
  2. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (Pengambilan murid lelaki sahaja)
  3. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
  4. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
  5. Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
  6. Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
  7. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
  8. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
  9. Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu

Tingakatan 4

  1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
  2. Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
  3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
  4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
  5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (Pengambilan murid lelaki sahaja)
  6. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)

    Syarat Am

    Syarat am untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

    Tingkatan 1

      1. Calon Warganegara Malaysia & Rakyat Terengganu
        – Calon lahir di Terengganu; atau
        – Ibu lahir di Terengganu; atau
        – Bapa lahir di Terengganu; atau
        – Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu tidak kurang 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti akan terus tinggal di Terengganu (perlu perakuan pihak berkuasa) – hendaklah dilampirkan dalam borang permohonan
      2. Berumur 13 Tahun pada Tahun Semasa
        – Calon yang lahir pada: 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
      3. Sihat Tubuh Badan
        – Calon mestilah sihat tubuh badan dari segi jasmani dan mental serta tidak mempunyai penyakit kronik yang boleh menghalang penglibatan dalam aktiviti sekolah dan asrama.
      4. Telah Menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2025
        – Calon telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2025 atau ujian sebagaimana yang dinyatakan dalam kriteria khusus.
        – Calon yang memperoleh keputusan terbaik akan diberi keutamaan.
      5. Mengemukakan Permohonan Secara Atas Talian Melalui Laman Web Ditetapkan
        – Calon mestilah membuat pengisian borang permohonan secara atas talian.
      6. Calon-calon dari:
        Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
        Sekolah Kebangsaan (SK)
        Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR)
        Sekolah Rendah Agama Swasta
      7. Bersetuju Menerima Mana-Mana SMANT yang Ditawarkan oleh JPINT
        – Calon mestilah bersetuju menerima penempatan di mana-mana SMANT yang ditawarkan oleh JPINT.
      8. Lulus Ujian dan Temu Duga yang Dijalankan oleh JPINT
        – Calon mestilah lulus ujian dan temu duga yang dijalankan oleh JPINT.

      Tingkatan 4

      1. Calon mestilah berumur 16 Tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan empat (4)
      2. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
      3. Calon-calon yang layak memohon dari :
        – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK / SMA Terengganu)
        – Sekolah Menengah Islam Negeri Terengganu (SMIDI)
        – Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)
        – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
        – Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)
        – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (IMTIAZ)
        – Sekolah Agama Swasta
      4. Calon mesti memiliki tiga (3) dokumen pentaksiran berikut :
        – Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan Tiga (3)
        – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
        – Penilaian Psikometrik (PPsi)
      5. Calon MESTI LULUS ujian bertulis & temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)
      6. Sekolah-sekolah yang dibuka untuk kemasukan ialah seperti berikut :
        – Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
        – Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
        – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
        – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus
        – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu
        – Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
      7. 7. Bagi kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT), pemilihan murid tertakluk kepada kriteria berikut:
        – Calon    dari    Sekolah    Menengah     Imtiaz    Yayasan    Terengganu    yang     telah    menghafaz    Al-Quran sekurang-kurangnya 18 Juzuk
        – Keutamaan diberikan kepada Pelajar Program Tamayyuz dan Kurikulum Bersepadu Dini 
      8. Bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Harian (Bukan Berasrama Penuh), permohonan adalah melalui pertukaran dengan melengkapkan borang permohonan BORANG PERMOHONAN PERTUKARAN SMA NEGERI TERENGGANU 2027 dan dihantar ke Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil dan ditawarkan tertakluk kepada kekosongan tempat dan kesesuaian aliran pengajian dan sekolah.

      Cara Memohon

      Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php mulai 1 September 2026 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 30 September 2026.

      Image from: SMAN Terengganu: Kemasukan Tingkatan Tingkatan 1 & 4 2027

      Soalan Lazim

      Bilakah tarikh permohonan Tingkatan 1 dan 4 ini dibuka?

      Permohonan kemasukan dibuka mulai 1 September 2026 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 30 September 2026.

      Apakah nama sekolah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 ini?

      Tingkatan 1
      Sekolah Menengah Agama (Berasrama Penuh)

      Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (Pengambilan murid lelaki sahaja)
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)

      Sekolah Menengah Agama Harian
      Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)
      Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (Pengambilan murid lelaki sahaja)
      Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
      Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
      Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
      Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
      Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
      Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
      Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu

      Tingakatan 4
      Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
      Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (Pengambilan murid lelaki sahaja)
      Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (Pengambilan murid perempuan sahaja)

      Adakah permohonan kemasukan terhad kepada rakyat Terengganu sahaja?

      Ya. Permohonan terhad kepada warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Terengganu sahaja.

      Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 ini?

      Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php.

      Jika permohonan tidak berjaya, adakah saya boleh membuat rayuan?

      Ya. Permohonan rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan diumumkan.

      Info Lanjut

      Info lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 bagi SMAN Terengganu, sila layari laman web https://jpint.terengganu.gov.my/.

      Baca juga: Cuti Terengganu 2026: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved