Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2027 & Soalan Lazim

LocalFamily & Parenting
20 Oct 2026 • 12:28 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2027 boleh dibuat mulai 23 Oktober 2026 bagi Tingkatan 4 dan 13 November 2026 bagi Tingkatan 1 di pautan https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/ bagi Tingkatan 1 dan https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/ bagi Tingkatan 4.

Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian.

Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Pemohon Wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES) adalah kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM ini.

Pengenalan UKKM

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.

Semua calon yang telah mengisi secara lengkap permohonan akan dipanggil untuk menduduki ujian secara berperingkat.

Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.

Calon perlu menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

Sila rujuk info dan FAQ di bawah untuk persediaan bakal-bakal calon UKKM.

Tarikh Semakan Ujian Kemasukan MRSM 2027

Tarikh semakan panggilan UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / PrEmier-STEM Excellence /BITARA boleh disemak secara berperingkat mulai:

  • Tingkatan 4: 23 Oktober – 3 Disember 2026
  • Tingkatan 1: 13 November – 3 Disember 2026
TingkatanCalonTarikh SemakanTarikh Ujian
Tingkatan 4– Calon Tingkatan 4 sekolah swasta tidak berdaftar dengan KPM
– Calon Premier / BITARA PKSK Tingkatan 4
23 Oktober-3 Disember 20262 November-15 November 2026
Tingkatan 1– Calon Premier PKSK Tingkatan 1
– Calon Ujian Khas Ulul Albab/IGCSE/Teknikal/Premier STEM-Excellence/BITARA PKSK Tingkatan 1
13 November-3 Disember 202618 November-3 Disember 2026
Image from: Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2027 & Soalan Lazim

Sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.

    Sila layari pautan semakan panggilan ujian tersebut >>

    Cara Semakan Tempat & Tarikh Ujian UKKM MRSM 2027

    Untuk membuat semakan status UKKM, sila rujuk ke pautan berikut:

    Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 1

    1. Layari laman web rasmi UKKM MRSM di https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1 (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
    2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
    3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
    Image from: Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2027 & Soalan Lazim

    Cara Buat Semakan UKKM Bagi Tingkatan 4

    Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:

    1. Layari laman web rasmi MRSM di sini: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4 (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
    2. Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
    3. Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
    Image from: Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2027 & Soalan Lazim

    Cara Mohon Tukar Tarikh UKKM (Atas alasan yang tidak dapat dielakkan)

    Adalah difahamkan bahawa sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah TIDAK DIBENARKAN.

    Namun bagi sesetengah ibu bapa yang terpaksa menukar tarikh ujian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA atas alasan yang tidak dapat dielakkan, anda boleh emelkan kepada pengambilanpelajar@mara.gov.my.

    Perkara ini dimaklumkan dalam hantaran terkini Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Soalan Lazim UKKM

    1. Apakah pakaian yang boleh dipakai oleh calon sebelum menghadiri UKKM / Ujian Khas Ulul Albab / IGCSE / Teknikal / PrEmier-STEM Excellence /BITARA?

    Calon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ berpakaian kemas, dan berkasut serta mematuhi peraturan semasa berada di pusat ujian UKKM.

    2. Melalui semakan UKKM, notifikasi memaklumkan panggilan UKKM sedang diproses. Adakah saya tidak akan dipanggil menduduki UKKM?

    Semua calon Tingkatan 1 dan 4 yang telah membuat permohonan MRSM dalam talian (online) yang lengkap akan dipanggil menduduki ujian. Calon akan dipanggil menduduki ujian secara berperingkat.

    3. Bagaimanakah saya hendak mengetahui tarikh ujian yang perlu anak saya hadiri?

    Calon boleh membuat semakan UKKM di pautan berikut:

    Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkm1/
    Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkm4/

    4. Sekiranya anak saya demam/batuk, bolehkah anak saya menduduki UKKM/Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian IGCSE?

    Ibu/ bapa/ penjaga bertanggungjawab bagi memastikan calon yang dihantar ke pusat ujian UKKM dalam keadaan sihat.

    Calon dikehendaki menghubungi pusat ujian UKKM untuk memaklumkan ketidakhadiran menduduki UKKM dan menghantar salinan sijil sakit.

    5. Bolehkah kami sebagai ibu/bapa/penjaga menghantar atau menemani anak-anak menduduki UKKM?

    Ibu/ bapa/ penjaga hanya dibenarkan menghantar calon ke kawasan pusat ujian UKKM secara drop-off di tempat yang ditetapkan sahaja. Ibu/ bapa/ penjaga dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pusat ujian.

    6. Apakah dokumen yang perlu saya bawa sebelum menghadiri UKKM/Ujian Khas Ulul Albab/Ujian Teknikal/ Ujian IGCSE?

    Calon diwajibkan membawa:

    i. 2 salinan Surat panggilan menduduki UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE/ Ujian Kognitif Bitara
    ii. Kad pengenalan calon (MyKad/MyKid)
    iii. 1 Salinan Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga yang disahkan (Jika tiada slip gaji/ bekerja sendiri/ lain-lain)
    iv. Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan
    v. Salinan keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang disahkan
    vi. Borang Perakuan Maklumat calon
    vii. Salinan Sijil Pengangkatan (jika berkaitan)
    viii. Salinan Kad OKU calon (jika berkaitan)
    ix. Alat tulis (Pensil 2B atau dan pensil BB, pemadam dan pengasah pensil)
    x. Kalkulator saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja)

    7. Apakah subjek yang terlibat dalam ujian UKKM tahun ini?

    Calon akan menduduki UKKM merangkumi:
    1. Bahasa Melayu
    2. Matematik
    3. Sains
    4. Keperibadian
    (Format soalan adalah objektif kecuali bagi subjek Matematik Tingkatan 4 yang mengandungi soalan objektif dan subjektif.)

    8. Sekiranya saya perlu menduduki UKKM pada waktu petang, bolehkah saya hadir ke pusat ujian UKKM sejak pagi?

    Calon dikehendaki hadir ke pusat ujian pada tarikh dan masa yang telah tercatat dalam surat panggilan UKKM. Calon juga perlu hadir ke pusat ujian 30 minit sebelum ujian dijalankan.

    9. Bolehkah saya membawa makanan dan minuman ke pusat ujian UKKM?

    Calon dibenarkan membawa bekalan makanan dan minuman sendiri untuk makan/minum pada waktu rehat.

    10. Adakah saya dibenarkan membawa telefon bimbit/ smartphone ke pusat ujian UKKM?

    Calon dibenarkan membawa telefon bimbit/smartphone ke pusat ujian UKKM untuk menghubungi ibu/bapa/penjaga selepas selesai ujian. Calon tidak dibenarkan menggunakan smartphone semasa ujian berlangsung.

    Calon yang ditangkap meniru/ menipu/ menyalahgunakan gajet semasa UKKM akan dihalang daripada menduduki UKKM seterusnya disenarai hitam untuk kemasukan MRSM.

    11. Adakah saya dibenarkan membawa kertas contengan sebagai persediaan menjawab Soalan UKKM?

    Calon tidak dibenarkan membawa nota/kertas contengan ke dalam bilik ujian. Pusat ujian akan menyediakan kertas contengan untuk kegunaan calon sepanjang ujian.

    12. Sekiranya saya terlepas/ tidak dapat menghadiri ujian pada tarikh yang ditetapkan, apakah tindakan yang boleh saya lakukan untuk membuat rayuan menduduki semula ujian?

    Pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan. Namun sekiranya calon ingin membuat pertanyaan boleh e-mel kepada
    📧 pengambilanpelajar@mara.gov.my

    Tips Persediaan UKKM

    Sumber : Facebook MAJLIS AMANAH RAKYAT

    Apa persediaan untuk anak-anak menjawab UKKM?

    Jom tonton sedikit tips dari Dr. Zul dan kongsikan kepada anak-anak. Semoga berjaya!

    RINGKASAN : Beberapa info yang saya dpt tangkap semasa sesi Live Dr Zul Dan Ahli Panel Lain

    • MARA tidak pernah lantik institusi luar utk membina instrumen UKKM
    • MARA tak pernah dedahkan instrumen UKKM kepada org luar
    • Jangan risau sekiranya tak mampu utk join kelas2 berbayar, apa yang dipelajari di sekolah sudah memadai utk menjalani ukkm
    • Dr Zul merayu pihak yg ambil kesempatan buat bengkel ukkm, jgn ambil kesempatan menggunakan nama UKKM.
    • 100k membuat permohonan.
    • MRSM menjalankan STEM berfokus dari menengah rendah, subjek sains diajar ikut 3 bidang (kimia, bio, fizik) – bermakna ada 3 guru sains. Hanya guru major dibidang itu akan mengajar.
    • Utk semak tarikh UKKM, tak perlu buka sistem setiap hari, kesemua calon yg memohon akan dipanggil utk ujian UKKM. yang belum dpt panggilan, tunggu fasa kedua yang akan diumumkan, barulah boleh semak dlm platform.
    • Sistem peperiksaan berkomputer
    • Tak perlu bawa rough paper, akan disediakan

    • Apa yg diuji dlm subjek sains:
      • F1 – 20 soalan (30 min) dlm BM
      • Soalan yang belajar di sekolah silibus tahun 4,5,6
      • Soalan objektif
      • Fahami konsep bukan hanya menghafal
      • Buat kertas2 model
    • Math (dlm BM)
      • F1 – 30 soalan (1 min 1 soalan)
      • silibus tahap 2 sek rendah (asas sifir)
      • objektif (maksimum) dan subjektif (terlalu minimum)
      • tak benarkan guna kalkulator
      • F4 – menengah rendah f1-f3 dan asas algebra (30 min)
      • boleh guna kalkulator
      • Objektif dan subjektif
    • BM
      • Tidak ada karangan
      • Soalan objektif
    • MRSM Teknikal – Bentong
      • Soalan teknikal 20 Objektif 30 min
      • Soalan subjek RBT
      • Di MRSM Teknikal pelajar belajar subjek Sains Kejuruteraan – bg pelajar yg minat engineering terus fokus kpd subjek2 kejuruteraan.
      • Tiada BIO harap maklong.

    Bolehkah ubah tarikh atau tempat?
    Tidak boleh, kerana ia akan mengganggu sistem yang telah dibuat. Namun, boleh emel utk rayuan tapi tidak dijanjikan apa2.

    • Soalan keperibadian
      • Soalan psikometrik utk mengukur resilience anak2 utk mengikuti sistem sekolah berasrama.
      • Bawa salinan PAJSK jika ada utk sokongan, jika tiada tak perlu bawa. Yang mandatori seperti yang terkandung dalam surat tawaran.

    UJIAN ULUL ALBAB

    Komponen 1 : Ujian tilawah

    • baca 3-4 ayat
    • diuji dari segi Makhraj, Tajwid, Fasohah

    Komponen 2 : Ujian hafazan

    • 8 baris ayat random
    • tempoh hafazan 25 minit

    Math (mix subj + obj)
    30 soalan – 30 min
    Form 1 ❌ calculator
    Form 4 ✅ calculator

    Sains
    20 soalan – 30 min

    BM
    30 soalan – 30 min

    Ujian keperibadian
    Semua jawab secara online

    TONTON VIDEO LIVE Dr. Zulkifli Hussain berkenaan UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM 2024 : https://www.facebook.com/DrZulkifliHussain/videos/720473109945211

    Sumber: Info Permohonan & Rayuan SBP dan MRSM

    Subjek UKKM Yang Terlibat

    UKKM merangkumi subjek berikut:

    • Bahasa Melayu
    • Matematik
    • Sains
    • Keperibadian (format soalan objektif)

    INFO UJIAN UKKM

    MATEMATIK
    Masa Menjawab : 35 minit
    Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif & Subjektif

    BAHASA MELAYU
    Masa Menjawab : 30 minit
    Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

    SAINS
    Masa Menjawab : 35 minit
    Jumlah Soalan : 30 Soalan Objektif

    KEPERIBADIAN
    Masa Menjawab : 30 minit
    Jumlah Soalan : 80 Soalan Objektif

    Ibu bapa boleh membuat persediaan menghadapi ujian UKKM MRSM dengan merujuk modul dan contoh soalan terkini di SINI.

    contoh ujian soalan ukkm mrsm
    • SEMUA CALON WAJIB MENDUDUKI UKKM
    • SEMUA CALON TINGKATAN 1 YANG MEMBUAT PILIHAN PROGRAM ULUL ALBAB, IGCSE DAN TEKNIKAL PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS YANG DITETAPKAN OLEH MARA
    Image from: Semakan UKKM – Ujian Kemasukan MRSM 2027 & Soalan Lazim

    Serba Sedikit Tentang MRSM

    MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

    Semakan ukkm

    Visi MRSM

    Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

    Misi MRSM

    Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

    Terdapat tujuh program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts  and Mathematics (STREAM) dilaksanakan di MRSM.

    Maklumat Lanjut Tentang UKKM MRSM

    Untuk maklumat lanjut tentang UKKM MRSM, sila hubungi nombor telefon 03-2613 2000 atau rujuk www.mara.gov.my untuk info terkini.

    Baca juga: Pakej Mata Pelajaran SBP & MRSM (Tingkatan 1 – 5)

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved