STR 2026 Fasa 4 – Jumlah Bayaran Kategori Bujang / Berkahwin

LocalPersonal Finance
12 Oct 2026 • 12:22 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

STR Fasa 4 2026 dijangka akan disalurkan bermula sekitar bulan Oktober / November 2026 berdasarkan tahun sebelum ini.

Permohonan baharu dan rayuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 untuk tahun 2026 telah ditutup sejak 30 September 2026 yang lalu.

Untuk semakan status, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rayuan dan permohonan baharu STR Fasa 4 2026.

Bila Bayaran STR Fasa 4 Disalurkan?

Tarikh rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 4 masih belum diumumkan secara muttamad oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Walau bagaimanapun, berdasarkan corak penyaluran tahun-tahun sebelum ini, pembayaran Fasa 4 dijangka akan mula disalurkan secara berperingkat sekitar hujung bulan Oktober atau pertengahan bulan November 2026.

Berapa Bayaran STR Fasa 4 2026?

Kadar bayaran STR Fasa 4 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaPendapatan BulananKadar Bayaran STR Fasa 4
Isi RumahRM2,500 dan ke bawahSehingga RM500
RM2,501 hingga RM5,000Sehingga RM250
Warga EmasRM5,000 dan ke bawahRM150

Penerima layak menerima manfaat sehingga RM2,200 setahun dengan pembayaran disalurkan secara berfasa mengikut kategori dan kelayakan STR.

str fasa 4

Cara Semak Status STR 2026

Untuk membuat semakan status permohonan STR Fasa 4 2026, anda boleh rujuk beberapa kaedah rasmi seperti di bawah:

  • KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari Portal Rasmi STR, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
  • KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
  • KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
  • KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR. Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Kaedah Pembayaran STR

Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:

  1. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
  2. Tunai di Kaunter BSN Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
    • Status pengkreditan gagal kredit; atau
    • Tiada Maklumat akaun bank

    Maklumat Lanjut

    Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

    i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
    ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
    v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

    Muat turun SOALAN LAZIM STR:

    Soalan Lazim – STR Fasa 4

    Siapakah kumpulan penerima yang sah menerima STR Fasa 4?

    Pembayaran fasa akhir ini diperuntukkan kepada semua penerima Isi Rumah (Berkahwin) dan Warga Emas Tiada Pasangan berstatus “Lulus”. Ini juga termasuk pemohon baharu atau kes rayuan yang diluluskan sebelum kaunter ditutup pada 30 September lalu.

    Pasangan saya (pemohon utama STR 2025) telah meninggal dunia. Adakah saya boleh memohon?

    Ya. Pasangan perlu mengemukakan permohonan baharu dengan status perkahwinan terkini (Balu/Duda). Sila lampirkan salinan sijil kematian pasangan bersama dokumen sokongan lain.

    Jika permohonan baharu atau rayuan saya pada Fasa 4 ini LULUS, bilakah tarikh bayaran akan diterima?

    Tarikh rasmi bagi semakan keputusan kelulusan serta kemasukan amaun pembayaran bagi permohonan Fasa 4 ini akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup permohonan.

    Bagaimanakah duit bantuan STR Fasa 4 disalurkan kepada penerima?

    Proses agihan bantuan dikendalikan melalui dua kaedah utama:
    – Kredit ke Akaun Bank: Duit dimasukkan terus ke akaun bank aktif pemohon / pasangan yang didaftarkan semasa memohon.
    – Tuntutan Tunai (BSN): Bagi mereka yang tiada akaun bank atau transaksi kredit ke bank gagal, penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad asal.

    Saya bujang, adakah saya tersenarai untuk pembayaran Fasa 4?

    Tidak. Penerima kategori bujang (bukan warga emas) tidak menerima sebarang bayaran tunai pada Fasa 4.

    Image from: STR 2026 Fasa 4 – Jumlah Bayaran Kategori Bujang / Berkahwin

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved