Semakan UPDLP Sarawak – Keputusan Slip Peperiksaan

LocalFamily & Parenting
21 Nov 2025 • 4:15 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Ujian Penilaian Dual Language Program (UPDLP) 2025 bagi subjek Bahasa Inggeris merekodkan kadar kelulusan yang tinggi tahun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata subjek Bahasa Inggeris mencatat 90.97% kadar kelulusan, diikuti Sains (84.71%) dan Matematik (61.01%).

Beliau berkata kecemerlangan tersebut didorong oleh tahap penumpuan tinggi dalam kalangan pelajar serta kekuatan barisan tenaga pengajar yang berkemahiran.

“Dengan pencapaian Bahasa Inggeris yang semakin baik, ini tidak bermaksud kita akan mengurangkan usaha, sebaliknya kita akan meningkatkan latihan dan memperkukuh peralatan bagi pendidikan Sains dan Matematik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan supaya merangka strategi bagi meningkatkan mutu pembelajaran Sains dan Matematik.

Datuk Sri Roland menjelaskan perkara tersebut dalam satu sidang media di pejabatnya di Kuching pagi tadi.

Tahun ini, seramai 29,000 murid Tahun 6 di seluruh negeri menduduki UPDLP 2025, melibatkan 1,050 buah sekolah kerajaan dan swasta.

Untuk semakan keputusan UPDLP, sila rujuk panduan di bawah.

image is not available

Semakan Keputusan UPDLP 2025

MAKLUMAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPDLP

Assalamualaikum & salam sejahtera ibu bapa/penjaga,

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa murid Tahun 6 , keputusan UPDLP anak masing-masing juga boleh disemak melalui dalam talian seperti berikut:

Mohon pastikan maklumat murid diisi dengan betul semasa membuat semakan.

Anda boleh melihat keputusan bagi 3 subjek yang telah diduduki.

Sila muat turun slip keputusan seperti yang dipaparkan untuk simpanan rekod anda.

image is not available

Untuk makluman, slip UP-DLP Sarawak adalah menggunakan bentuk pelaporan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) seperti berikut:

PERATUSGREDTAFSIRAN GRED
82-100ACemerlang
66-81BKepujian
50-65CBaik
35-49DMemuaskan
20-34EMencapai Tahap Minimum
0-19FBelum Mencapai Tahap Minimum

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi guru kelas anak tuan/puan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim berikut atau terus ke laman web rasmi https://updlp.com/.

Soalan Lazim (FAQ) UPDLP

Apakah UPDLP Sarawak?

UPDLP Sarawak atau Ujian Penilaian Dual Language Programme Sarawak (Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak) ialah satu peperiksaan piawai untuk murid Tahun 6 di seluruh Sarawak yang direka bagi menilai kemahiran dan pengetahuan murid dalam bidang STEM.

Siapa yang layak menduduki UPDLP?

Murid yang sedang belajar di Tahun 6 di sekolah-sekolah yang menyertai program DLP Sarawak layak untuk menduduki Ujian Penilaian DLP Sarawak (UP-DLP Sarawak).

Bagaimana mendaftar untuk ujian ini?

Semua murid yang layak akan didaftarkan secara prapendaftaran melalui Portal UP-DLP oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan disahkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Berapa lama tempoh menjawab setiap ujian?

Setiap kertas peperiksaan akan mempunyai tempoh masa selama satu jam lima belas minit.

Bilakah UPDLP Sarawak 2025?

UP-DLP Sarawak akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2025.
Penilaian akan dijalankan selama dua hari:
Hari 1: Bahasa Inggeris dan Matematik
Hari 2: Sains

Bagaimana peperiksaan dijalankan?

Setiap subjek dalam penilaian UP-DLP Sarawak akan dinilai melalui gabungan soalan aneka pilihan dan soalan jawapan ringkas – kecuali subjek Matematik, yang akan terdiri sepenuhnya daripada soalan jawapan ringkas.

Apa tujuan UPDLP?

Penilaian UP-DLP Sarawak diperkenalkan sebagai satu penilaian standard untuk mengukur prestasi murid secara objektif dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Penilaian ini akan membantu murid, ibu bapa dan sekolah membuat keputusan yang lebih tepat mengenai hala tuju pembelajaran pada masa hadapan. UP-DLP Sarawak akan berfungsi sebagai instrumen utama untuk menjejak kemajuan pelajar dalam pendidikan STEM, serta menyediakan penanda aras objektif bagi pencapaian akademik di akhir Tahun 6.

Bagaimana cara semakan?

Semakan keputusan UPDLP (Ujian Penilaian Dual Language Program) murid tahun 6 Sarawak boleh dibuat melalui link https://updlp.com/result-slip

Berapa subjek dinilai dalam UPDLP Sarawak?

3 subjek yang terlibat iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.