
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Genosid ke atas tanah suci Palestin oleh Israel dilihat tiada hentinya walaupun setelah perjanjian gencatan senjata dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Perkara ini mendapat fokus di mata dunia apabila masyarakat global turut sama-sama menentang pembantaian yang dilakukan oleh rejim Zionis itu.
Demi menyahut seruan masyarakat global, beberapa kerajaan di seluruh dunia telahpun mengambil keputusan untuk mengiktiraf negara Palestin.
Ini termasuk negara-negara Barat seperti United Kingdom, Kanada dan Australia yang menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara.
Baca Artikel Berkaitan: “Kuburkan Idea Penubuhan Negara Palestin” – Menteri Kewangan Israel Umum Pelan Pembinaan Baharu
Baca Artikel Berkaitan: ‘Pilihan Sukar Tetapi Nyata’ – Pakar PBB Gesa Masyarakat Dunia Ambil Tindakan Segera Dalam Isu Palestin
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Rundingan Selagi Keganasan Ke Atas Palestin Tidak Dihentikan – PMX
Kerajaan Perancis Iktiraf Palestin
Terbaharu, Perancis menyusul apabila Presiden Emmanuel Macron secara rasmi mengumumkan pengiktirafan negara Palestin.
Menurut laporan media, pengumuman itu dibuat di hadapan delegasi antarabangsa semasa pembukaan sidang kemuncak khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Setia kepada komitmen sejarah negara saya terhadap keamanan di Asia Barat, saya mengisytiharkan bahawa hari ini, Perancis mengiktiraf negara Palestin,” kata Macron.
Sehubungan itu, perbincangan lanjut mengenai pelan damai dan langkah-langkah konkrit ke arah penyelesaian dua negara akan dijalankan yang dijangka diketuai Macron dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.
Israel & AS Boikot Sidang PBB, Sifatkan Pengiktirafan Bakal Gugat Kestabilan Serantau
Pengumuman itu disambut baik oleh delegasi Palestin antaranya Duta Besar ke PBB Riyad Mansour yang berdiri sambil bertepuk tangan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang turut menyaksikan detik bersejarah itu menerusi video siaran langsung setelah dilarang menghadiri sidang oleh Washington, juga kelihatan bertepuk tangan.
Sidang berkenaan bagaimanapun diboikot oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkan pengiktirafan oleh Perancis bakal menggugat kestabilan serantau dan seolah-olah ‘memberi ganjaran’ terhadap keganasan.
Malah, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa tiada negara Palestin akan diwujudkan.
Dia turut memberi bayangan bahawa tindak balas mungkin terjadi menerusi penguasaan wilayah Asia Barat.
Majoriti Anggota PBB Iktiraf Palestin, Terutamanya Negara Di Global South
Setakat hari ini, sekitar 150 daripada 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin.
Ini adalah lebih nyata dalam kalangan negara di Global South merangkumi Afrika, Asia dan Amerika Latin yang berbuat demikian sejak Palestin mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara pada 1988.
Malah, dua anggota tetap PBB iaitu China dan Rusia telah mengiktiraf negara Palestin sejak 1988 lagi apabila negara-negara komunis secara kolektif menyokong Palestine Liberation Organization.
Negara-negara Barat turut mengumumkan pengiktirafan itu dengan Sweden menjadi yang pertama berbuat demikian sejak tahun 2014 lagi.
Berdasarkan artikel di yahoo!news, Eropah adalah entiti yang paling berpecah dalam isu ini.
Namun tujuh negara iaitu Bulgaria, Cyprus, Czech Republic, Hungary, Romania, Poland dan Slovakia telah mengiktiraf Palestin sebelum menyertai Kesatuan Eropah (EU).
Pada 2024, empat lagi negara Eropah mengambil langkah sama iaitu Sepanyol, Norway, Slovenia dan Ireland.
Tahun ini, antara negara Barat utama yang mengumumkan pengiktirafan Palestin ialah Australia, Kanada, Perancis, Mexico dan United Kingdom (UK).
Hanya AS Anggota Tetap PBB Yang Tidak Iktiraf Palestin
Dengan penambahan UK dan Perancis, AS menjadi satu-satunya anggota tetap PBB yang masih belum berbuat demikian.
Malah AS juga dilihat paling menonjol dalam hal itu apabila menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat usaha keanggotaan penuh PBB buat Palestin.
Dalam kalangan negara-negara G20 pula, Jerman, Itali, Jepun dan Korea Selatan juga masih belum menyatakan pengiktirafan terhadap Palestin setakat ini.

Pengiktirafan Palestin Bertujuan Asingkan Israel & Sekutu Di Peringkat Global
Terdapat segelintir pihak yang melihat pengiktirafan ini tidak menjamin perubahan segera.
Namun menurut Geopolitical Intelligence Services, para penyokong menegaskan bahawa ia merupakan satu aksi simbolik yang penting dan bergantung kepada jumlah pengiktirafan yang diterima.
Teori mencadangkan bahawa Israel dan sekutunya akan menjadi lebih terasing di peringkat antarabangsa apabila semakin banyak negara yang mengiktiraf Palestin secara sah.
“Lama kelamaan, ini boleh menyebabkan embargo dan sekatan terhadap Israel, menekan ia untuk membuat konsesi kepada Palestin,” katanya.
Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian usaha penting bagi mewujudkan semula rundingan damai yang terhenti sejak 2014.
Baca Artikel Berkaitan: Kapal ‘The Family’ Dalam Global Sumud Flotilla Diserang Dron Di Perairan Tunisia
Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Makanan Tak Dibenarkan Masuk Ke Gaza, Penduduk Akan Terkorban Akibat Kebuluran
Baca Artikel Berkaitan: “Kematian Yang Kejam & Perlahan” – Ini Yang Terjadi Apabila Seseorang Kebuluran

![Mengadu Sakit, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Pandukan Kereta Bawa Pulang [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
