
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui perkhidmatan seksual merupakan salah satu perkara yang tidak wajar untuk dilakukan oleh mana-mana pihak.
Ini kerana, ia adalah sesuatu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam bahkan seseorang individu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terlibat dalam perkhidmatan sedemikian apatah lagi orang tersebut adalah di bawah umur.
Ibu tunggal buat laporan polis selepas syak anak tawar perkhidmatan seksual
Terbaharu, seorang ibu tunggal bertindak membuat laporan polis selepas mengesyaki anak perempuannya yang di bawah umur menawarkan perkhidmatan seksual di media sosial.
Memetik Harian Metro yang menurut sumber, ibu tunggal yang berusia 43 tahun berkenaan bekerja sebagai tukang cuci telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, Kelantan.
Anak sulung maklumkan ketika berada di rumah di Jerteh
Ujar sumber kepada NST, wanita terbabit mendakwa salah seorang anaknya iaitu anak perempuan sulung telah memaklumkan hal berkenaan kepadanya sewaktu berada di kediaman di Jerteh, Terengganu pada 15 September lalu.
“Menurut wanita itu, anak perempuan sulungnya memberitahu bahawa anak perempuannya yang lain, berusia 15 tahun, telah menawarkan perkhidmatan seksual.
“Katanya, anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan itu melalui Telegram dengan percuma untuk pelanggan pertama dan mulai kedua, bayaran akan dikenakan.
“Ibu itu percaya anak perempuannya, seorang pelajar sekolah menengah, sudah terbabit dalam hubungan seksual dengan beberapa lelaki.
“Dia membuat laporan itu untuk membolehkan polis mengambil tindakan lanjut,” ujar sumber berkenaan.
Tinggal dengan bapa selepas ibu bapa bercerai pada 10 tahun lalu
Difahamkan gadis berkenaan serta adik-beradiknya yang lain menetap bersama bapa di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh.
Perkara itu selepas ibu bapa kanak-kanak itu bercerai pada 10 tahun yang lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat yang mengesahkan laporan itu berhubung kes berkenaan menjelaskan polis masih lagi menyiasat kes terbabit.
Polis Kelantan cadang perempuan bawah umur juga dikenakan tindakan seks suka sama suka
Semalam (21 September) Polis Kelantan mencadangkan perempuan bawah umur yang melakukan hubungan seksual secara suka sama suka juga dikenakan tindakan, tidak hanya ke atas pelaku lelaki sahaja.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, statistik menunjukkan hampir 90% kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka, bukannya paksaan.
Jelas beliau lagi, undang-undang sedia ada ketika ini perlu diteliti semula. Ini bagi memastikan masyarakat lebih memahami kesan sesuatu kesalahan, sekali gus membantu membendung peningkatan kes pada masa akan datang.
Source:



![“Terima Kasih” – Rider Dipuji Bantu Keluarga Lancarkan Trafik Hantar Bapa Sakit Ke Hospital [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Pengguna Perodua Perlu Tahu! Ini Yang Terjadi Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Semasa Memandu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![Boleh Ke Suami Dapat Cuti Paterniti Jika Isteri Keguguran? Ini Penjelasannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)