
Penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini tampil memberi teguran buat para artis dan selebriti yang rancak melancarkan lagu raya di saat umat Islam sedang menjalani bulan ibadah, Ramadan pada ketika ini.
Menurut Waheeda, tindakan itu seperti tidak menghormati bulan yang mulia apatah lagi dengan sikap sesetengah artis yang menggayakan baju terdedah dalam video muzik masing-masing.

Saya ingin menyatakan sesuatu sebagai anak seni dan peringatan kepada rakan-rakan lain. Pada saya sekarang, ini sudah semakin kurang ajar.
Sekarang sebelum puasa dan masuk pertengahan Ramadan sudah mula bernyanyi lagu raya serta buat promosi. Bukan itu saja, dari segi keterampilan pun sudah tidak dijaga.
Dia dalam pada itu menyifatkan para selebriti ini seperti tidak yakin akan rezeki Allah kerana berlumba-lumba mengeluarkan lagu raya di bulan Ramadan.
Ramadan ini sepatutnya mengingatkan kita kepada ‘kau tak takut tuhan ke?’.Harapnya selepas ini biarlah lebih baik sebab khuatir, kalau macam inilah Ramadan sekarang, kita tak tahu apa akan jadi Ramadan tahun hadapan. Sedih sebab bulan al-Quran tetapi tidak dihormati.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Gara-Gara Berkemban, Video Muzik Lagu Raya Serumpun Sudah 'Lesap' Di YouTube
The post “Semakin Kurang Ajar, Promosi Lagu Raya Di Pertengahan Bulan Ramadan” – Waheeda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




![Reaksi Khairul Aming Pening Kepala Lihat Ramai Gagal Ikut Resipi Dikongsikannya Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)