Semakin Meningkat, Kini 45 Kedai Makan Seluruh Sarawak Sediakan Menu Rahmah

24 Feb 2023 • 12:24 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semakin banyak kedai makan di Sarawak yang menawarkan menu Rahmah.

Semakin Meningkat, Kini 45 Kedai Makan Seluruh Sarawak Sediakan Menu Rahmah. Dilaporkan kini semakin ramai pengusaha kedai makan di Sarawak yang menyertai inisiatif kerajaan dalam menyediakan Menu Rahmah buat golongan yang kurang berkemampuan.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin, setakat 22 Februari 2023, sebanyak 45 restoran di seluruh Sarawak telah memperkenalkan Menu Rahmah di kedai-kedai makan masing-masing.

image is not available
Semakin Meningkat, Kini 45 Kedai Makan Seluruh Sarawak Sediakan Menu Rahmah. Gambar sekadar hiasan

Di Miri ada 3 restoran menyediakan Menu Rahmah

Di Miri sretakat ini terdapat tiga restoran yang menawarkan Menu Rahmah yang mengandungi sumber protein, vitamin, karbohidrat dan air dengan harga bawah RM 5 atau RM 5.

Beliau berkata, pengusaha kedai makan bebas untuk memperkenalkan menu yang ditawarkan serta memaklumkan kepada pihak KPDN supaya merka boleh membantu untuk mempromosikan Menu Rahmah tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Berkongsi rezeki dengan golongan tidak berkemampuan

Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga boleh memberi peluang buat pengusaha kedai makan di luar sana untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak berkemampuan,.

Matthew seterusnya mendedahkan bahawa di Sarawak terdapat lima kedai makan menawarkan Menu Rahmah makanan tidak halal kepada mereka yang bukan Muslim.

“Contohnya di Bau, kita dah ada pengusaha yang menyediakan makanan seperti mi kolok Menu Rahmah dengan kopi berharga RM5,” jelas beliau.

Lagi berita terkini buat anda di sini: