Semakin ramai ahli politik didakwa di mahkamah, apa sudah jadi? 

Opinion
4 Jul 2022 • 8:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Semakin ramai ahli politik didakwa di mahkamah, apa sudah jadi? 

Photo by Rosemary Ketchum from Pexels

Demikianlah cerita politik yang tak habis-habis di media sosial. Sebenarnya ini sahaja rakyat Malaysia mampu lakukan? Sejak kebelakangan ini, banyak cerita yang tidak senang kita dengar dan baca di seluruh media sosial. Ada yang sudah mencanang nama-nama ahli politik lain untuk disabitkan kesalahan. Apakah ini budaya yang sebenar rakyat Malaysia?

Jika kita nak kupas satu persatu, kita mungkin akan merasa geram dan marah. Namun begitu, kita mesti melihat balik sejarah kita dahulu kala untuk dijadikan teladan. Zaman dahulu kala, semua perjuangan adalah sebab untuk memerangi penjajah. Namun begitu, setelah berpuluh tahun merdeka, kita sebenarnya gagal untuk meneruskan perjuangan itu.

Sebagai contoh, sebagai negara yang merdeka, ramai bijak pandai di negara kita tidak mendapat pengiktirafan yang setimpal seperti peneraju mikro USB dari Malaysia dan pelakon Datuk Michelle Yeoh. Kurangnya pendedahan kepada mereka ini menyebabkan patriotisme terhakis dan menyebabkan ramai pemimpin di atas tidak ada sifat seperti itu.

Selain itu, kita juga lihat tahap intelektual pemimpin berhadapan dengan media yang menggunakan kenyataan yang sangat tidak masuk akal. Adalah sebaiknya kita perlu melihat logik dan sentimen emosi dalam kenyataan media yang berlangsung kerana mata media sosial lebih tajam daripada orang dahulu.

Sebaiknya, ahli politik perlu lebih bijak menangani semua perihal yang melibatkan pendakwaan mahkamah dan mengambil langkah drastik untuk menjatuhkan hukuman. Ini akan memberi ruang kecil kepada pelaku untuk membuat pusingan-U dalam kenyataan mereka sebelum ini.

Salah tetap salah, namun dengan percaturan mereka yang bersalah dengan menyentuh hati rakyat di negara ini haruslah dibendung. Kerana dengan perdayakan semua rakyat, semua orang akan bakal memberi impak negatif kepada orang lain. Ramai pelabur yang begitu berminat dengan negara kita kerana kaya dengan hasil bumi. Kita harus bijak menguruskan semua hal berkaitan hasil dalam negeri dana menjana lebih lagi pendapatan untuk membantu ekonomi negara yang semakin meruncing.

Akhir kata, majukan ekonomi negara, kelestarian negara akan terjaga.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.