Semangat Juang Tinggi! Pearly-Thinaah Rangkul Gelaran Juara Masters Kumamoto

16 Nov 2025 • 3:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan–M Thinaah membuktikan status selaku antara gandingan terbaik dunia apabila menepati ramalan juara selepas menundukkan pasangan tuan rumah pada aksi final Masters Kumamoto, sebentar tadi.

Pertandingan yang berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto itu menyaksikan Pearly-Thinaah sekali lagi mempamerkan semangat juang tinggi dengan mencatat kemenangan straight set ke atas Rin Iwanaga–Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam tempoh 54 minit.

image is not available

Pearly-Thinaah Rangkul Gelaran Juara Masters Kumamoto

Meskipun memulakan aksi set pertama dengan rentak perlahan, beregu nombor dua dunia itu mengulangi skrip sama seperti pertemuan separuh akhir semalam apabila bangkit daripada ketinggalan 17-20 sebelum menyamakan kedudukan 20-20 dan seterusnya menambah dua mata kemenangan.

Di set kedua, pasangan tuan rumah bermula lebih agresif untuk mendahului permainan, namun pengalaman dan ketenangan Pearly-Thinaah nyata menjadi kelebihan apabila mereka berjaya merampas kembali momentum dan menafikan kebangkitan Iwanaga-Nakanishi di hadapan penyokong sendiri.

image is not available

Artikel lain: Pearly-Thinaah Bakar Semangat Merdeka, Lakar Sejarah Ke Final Kejohanan Dunia!

Ini adalah pertemuan kedua mereka di pentas final musim ini selepas aksi di Terbuka Artik yang turut menyaksikan Pearly-Thinaah menang 21-7, 21-9, selain merekodkan tujuh kemenangan daripada sembilan pertemuan setakat ini.

image is not available

Secara keseluruhan, Pearly-Thinaah kini memiliki dua gelaran musim ini iaitu Terbuka Thailand dan Terbuka Artik di Finland, selain muncul naib juara di Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved