‘Semangat perpaduan antara kaum perlu terus dijaga’

4 Feb 2024 • 6:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Semangat perpaduan dan persefahaman antara kaum yang telah lama diamalkan di negeri ini, terutamanya di daerah Ranau, perlu terus disemai dan dipelihara oleh setiap kumpulan masyarakat.

Menteri Kewangan Negeri Sabah dan Adun Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dengan keharmonian berterusan dalam masyarakat, kesejahteraan boleh dinikmati oleh semua penduduk di sini.

“Begitu uniknya aset yang kita miliki ini di mana pelbagai kaum tanpa mengira agama dan latar belakang dapat hidup bersama sebagai sebuah masyarakat yang aman damai.