Semangat tahun baharu City

Football
8 Jan 2024 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
De Bruyne. Foto AFP

JUARA bertahan, Manchester City melaungkan amaran awal apabila membelasah Huddersfield Town, 5-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Etihad, pada Isnin.

Kemenangan semangat permainan tahun baharu itu lebih manis dengan kehadiran semula perancang Kevin de Bruyne selepas empat bulan berehat akibat kecederaan hamstring.

Anak buah Pep Guardiola yang tampil dengan kesebelasan terkuat bagaimanapun tersentak selepas kehilangan khidmat pemain pertahanan Manuel Akanji akibat kecederaan pada minit ke-18.

Namun kehadiran Phil Foden dan De Bruyne ternyata menggembirakan pengendali Pep Guardiola apabila kemenangan diraih meletakkan gergasi liga Inggeris itu dalam kelas tersendiri.

Dalam perlawanan itu, Foden meledak dua gol (m-33, m-65), sebelum Julian Alvarez melebarkan jaringan m-37, diikuti gol sendiri Ben Jackson (m-58) sebelum Jeremy Doku untuk melengkapkan kekalahan lawan dari Liga Kejuaraan tersebut.

“Sejujurnya kami sangat gembira apabila menang perlawanan ini dengan bantuan Kevin. Ia sangat penting mendapatkannya kembali selepas kecederaan yang lama.

“Kevin akan membantu kami dengan bakatnya tetapi saya tidak mahu meletakkan semua tekanan ke atas bahu Kevin kerana ia tidak adil baginya... dia mendapat bantuan yang sangat bagus untuk gol Jeremy Doku,” kata Guardiola

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved