Semata Nak Capai ‘Sales’, Restoran Dikecam Promosi Arak Percuma Kepada Pelanggan Nama Muhammad

Entertainment
2 Jul 2022 • 6:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara mahu mencapai sasaran jualan, enam orang pekerja bar Holywings di Indonesia diberkas polis kerana menggunakan mesej promosi berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Portal Thaiger melaporkan, bar terbabit membuat promosi akan menawarkan minuman beralkohol secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang bernama Muhammad dan Maria bagi meraih populariti.

image is not available

Penggunaan nama Muhammad yakni nama Rasulullah dan juga nama bagi ramai lelaki di Indonesia yang beragama Islam mengakibatkan promosi terbabit melakukan kesalahan menghina agama Islam yang turut membawa kepada penutupan 12 cawangan bar Holywings di Jakarta.

Difahamkan, permit operasi rangkaian bar berkenaan juga telah dirampas.

image is not available

Mengulas mengenai isu kontroversi itu, Holywings telah mengeluarkan permohonan maaf dan berkata, promosi berkenaan dilakukan tanpa disedari pihak pengurusan. Menurut pihak polis, pekerja-pekerja bar yang ditahan mengaku melakukan promosi menghina Islam itu kerana mahu memenuhi sasaran jualan yang telah ditetapkan majikan mereka.

Tidak cukup dengan itu, Holywings juga telah memadam kesemua promosi yang telah dihasilkan pekerja terbabit.

Sumber: Thaiger

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.