“Sembang semua orang boleh sembang” – Yusuf Azmi Ajak Bersemuka Dengan Caprice

Entertainment
24 Sep 2024 • 6:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi mengajak penyanyi rap, Caprice untuk bersemuka berkenaan dengan persengketaan mereka. Ajakan itu dibuat menerusi satu surat terbuka di mana Yusuf Azmi meluahkan mahu berbincang dengan aktivis kemanusiaan itu.

Dalam surat tersebut, perbincangan tersebut dibuat kerana ingin bercakap tentang isu yang membuatkan Caprice rasa tidak puas hati dengannya.

“Pihak Semboyan dengan hormat mengajak anda untuk duduk semeja dan berdepan dengan kami. Jemput datang ke Semboyan dan kita berbincang demi kebenaran dan keadilan.”

image is not available

@yusufazmiofficial

Sembang semua boleh sembang! Kalau betul berani, kau datang sini kita sembang. Kita tengok macam mana. @Caprice Munafik Hunter #YusufAzmi #BersamaSemboyan #semboyanmalaysia #NoMoreTalk #LetsSettleThis #BeraniKe #caprice

♬ original sound – Semboyan Malaysia – Semboyan Malaysia

Sebelum ini, Caprice ada memuat naik satu foto memaparkan Yusuf bersama pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.