Sembilan peniaga kena kompaun

LocalBusiness & Finance
25 Jan 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai sembilan peniaga dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas pemeriksaan dijalankan penguatkuasa KPDN di sekitar bandar Sandakan, pada Khamis.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John, berkata, sembilan tindakan kes terbabit melibatkan enam kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga barang dijual di premis perniagaan mereka.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Manakala tiga lagi kes di bawah kesalahan Akta Timbang Dan Sukat (ATS) 1972 di mana pemeriksaan mendapati peniaga menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan.

Keseluruhan jumlah kompaun adalah sebanyak RM2,400.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jelas Azdy, pemeriksaan yang dijalankan itu antara lain bertujuan untuk memantau bekalan dan harga, khasnya barang-barang kawalan menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina 2025.

“Selain itu, pemeriksaan ini juga untuk memastikan semua peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan oleh KPDN, khasnya penggunaan alat timbang yang ditentusahkan serta pematuhan penandaan harga,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Azdy berkata, sejak 1 Januari, KPDN Sandakan telah menjalankan 658 pemeriksaan, termasuk 430 pemeriksaan di bandar dan 228 pemeriksaan di luar bandar.

“Berikutan pemeriksaan tersebut, sebanyak 43 kes dihasilkan membabitkan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM206,276.35,” jelasnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambah Azdy, daripada 43 kes, 38 kes dikompaun dan nilai keseluruhan kompaun yang dikutip berjumlah RM7,700 manakala lima kes lagi sedang dalam siasatan.

Dari segi aduan, sebanyak 18 aduan diterima oleh KPDN Sandakan sejak 1 Januari dan 12 aduan atau 66.7 peratus selesai disiasat, manakala enam atau 33.3 peratus aduan lagi sedang dalam siasatan.

Katanya, KPDN Sandakan akan meneruskan operasi pemeriksaan khasnya di seluruh daerah ini bagi mempastikan peniaga terus mematuhi undang-undang.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi WhatsApp 019-8488000 atau portal aduan http://eaduan.kpdn.gov.my dan saluran yang disediakan KPDN.