Sembunyikan Lipan, Cicak & Ular Eksotik Dalam Pakaian Dalam, Wanita Ditahan Kastam

Entertainment
19 Sep 2023 • 6:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila terdesak, banyak perkara yang di luar jangkaan boleh dilakukan.

Baru-baru ini, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan di China ditahan selepas kantoi cuba menyeludup beberapa ekor ular, cicak serta lipan dengan memasukkan haiwan-haiwan tersebut dalam pakaian dalamnya.

Menurut laporan Buletin TV3, individu yang dikenali sebagai Chen itu ditemui bersama 15 ular, 4 lipan gergasi serta seekor cicak ketika dalam perjalanan dari Hong Kong ke China.

Dia didakwa memasukkan reptilia itu semua ke dalam coli dan poket pada pakaiannya, dengan harapan dapat menyeludup haiwan-haiwan tersebut.

image is not available

Perbuatannya itu terkantoi apabila pegawai kastam melihat wanita itu sangat gementar dan memakai pakaian yang lebih besar dari biasa.

Chen mengakui dia ingin merancang untuk menjual haiwan tersebut sebaik tiba di Foshan, China selain mengakui pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini dan mendapat untung yang sangat besar.

Oleh kerana haiwan tersebut susah didapati di pasaran China, dia dapat menjual haiwan tersebut dengan harga yang tinggi.

Difahamkan, ramai pelanggan yang ingin mendapatkan haiwan berkenaan untuk dijadikan haiwan peliharaan atau menggunakannya untuk perubatan tradisional.

Uish, berani ek? Kalau kena sengat macam mana?

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.