“Semoga abang tabah” – [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Lelaki Pakai Jubah Konvo Ziarah Pusara Isteri

Entertainment
4 Oct 2022 • 5:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak universiti dan kolej tempatan yang mengadakan majlis graduasi atau hari konvokesyen dan tidak dapat dinafikan ia merupakan momen terindah bagi seseorang yang bergelar mahasiswa.

Pelbagai cerita inspirasi dan kisah gembira yang kita dapat dengari sepanjang musim konvokesyen ini, pun begitu sebuah cerita sebak dan sayu telah tular di media sosial TikTok.

@man_rgr

ya allah berikan aku kekuatan..dan kau tempatkan la bidadari syurgaku dikalangan org² yg beriman dan beramal soleh..aamiin#fyp #abguniform #tqsupportimage is not available #sultanarmy #staragency #abgbujangimage is not available

♬ Saat Terakhir – ST12

Perkongsian pengguna TikTok @man_rgr itu meruntunkan hati ramai netizen, apabila seorang lelaki yang lengkap berjubah konvo menziarahi pusara isterinya dan mengalirkan air mata. Mungkin terlalu rindu kan?

“Sayang (isteri) tak sabar nak tengok bie (suami) pakai jubah, hari ini bie datang untuk tunjuk kat sayang. Ya Allah, kau kuatkan lah aku” tulisnya dalam video.

“Mesti dia bangga bang…”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 570K tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah serta komen-komen yang memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut.

image is not available

Tahniah bang, semoga sentiasa kuat dan tabah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.