“Semoga Ada Keadilan Buat Arwah” – Mahmud Jumaat Tidak Lagi Mewakili Ibu Zayn Rayyan

26 Jul 2024 • 10:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
peguam

Hari ini telah berlangsungnya sebutan semula kes pengabaian Allahyarham Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya.

Sebelum sebutan berlangsung, peguam, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co, memaklumkan beliau tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan.

Ya, saya tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan (Ismanira Abdul Manaf). Tugas saya hanya sampai di sini. Semoga ada keadilan buat arwah. #Justice4ZaynRayyan

Difahamkan, Ismanira akan diwakili peguam Fahmi Abd Moin yang turut mewakili suaminya sebelum ini.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, Mahmud Jumaat beranggapan dia bukanlah peguam yang sesuai untuk kes tersebut.

Saya doakan keadilan akan bersama kita semua.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa di mahkamah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Namun, mereka mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin.

image is not available

Jap!