“Semoga Allah Pilih Dia..” – Asmawi Ani Doakan Ina Naim Terus Tabah Dan Kuat

20 Nov 2023 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga penyampai radio, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata dia mendoakan agar isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.

DItemui media, Mawi berharap agar Ina dan anak-anak terus tabah dengan ujian pemergian suami tercinta baru-baru ini.

Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah S.W.T.

Kita doakan juga semoga Allah S.W.T pilih dia (Suhaimi Saad) sebagai kekasihNya.

Ujar Mawi lagi, dia bersyukur kerana ramai orang bercakap perkara yang baik-baik terhadap Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.

image is not available

Sumber : Google  

 

Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana ias satu petanda yang baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.

Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari. Sebenarnya buat baik ini biarlah iklhas.

Terdahulu, Mawi dan Ina pernah bertunang pada 10 Februari 2004 namun putus pada 10 Julai 2006. Setahun selepas itu, Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi pada 12 Ogos 2007.

Mawi kemudian mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ekin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Kalau Nak Kekayaan Dia Takkan Pilih Saya" - Tular Kembali Video Allahyarham Suhaimi Saad Imbau Momen Ina Naim Luah Perasaan Cinta

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved