“Semoga berbahagia” – Tindakan BCL Peluk Ibu Arwah Ashraf Ketika Hari Pernikahan Buat Netizen Terharu

Entertainment
3 Dec 2023 • 12:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL, telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana semalam. Majlis yang serba mewah itu turut diserikan dengan kehadiran kenalan rapat dan keluarga terdekat, termasuk keluarga dari Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Kehadiran keluarga Almarhum suaminya itu telah membuatkan ramai netizen di Indonesia dan Malaysia terharu. Satu video Bunga memeluk ibunda Arwah Ashraf telah tular di media sosial dan menambahkan lagi rasa sebak dan terharu mereka yang melihatnya. Korang boleh tengok video @muthiastp di bawah.

Semoga berbahagia

Rata-rata netizen terharu melihat tindakan Bunga yang memeluk erat dan mengalirkan air mata terharu ketika bersalaman dengan ibunda Arwah Ashraf.

image is not availableBetul, semua orang yang hadir ke majlis pernikahan ini menerima kedua mempelai dengan berbesar hati. Semua mahu melihat BCL berbahagia bersama orang tersayang dan meneruskan kehidupan baru disamping pasangan.

image is not availableSusah nak dapat pasangan yang baik dan keluarga mertua yang baik. Power couple yang terpisah kerana kematian memang amat menyakitkan. Beruntung BCL ada keluarga mertua yang sangat memahami walaupun anak mereka telah pergi buat selamanya.

image is not availableMertua akan tetap menjadi mertua. Begitu juga dengan ahli keluarga Sinclair yang turut sama hadir meraikan hari bahagia menantu dan ipar mereka ini. Kita doakan BCL dan pasangan berbahagia hingga ke akhir usia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.