
Gangguan seksual boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana juga, kebelakangan ini, tidak kira jantina apa pun, anda masih perlu berhati-hati.
Terlalu banyak kes gangguan seksual kebelakangan ini, baik di sekolah, tempat awam mahupun pejabat.
Terbaru, sebuah kes gangguan seksual berlaku di negara seberang, Indonesia apabila seorang pemandu teksi bertindak meraba seorang penumpang wanita dan insiden itu sempat dirakam oleh mangsa.
Video berdurasi 5 minit itu mendapat perhatian netizen dan seterusnya sampai ke pengetahuan pihak polis.
Ia memaparkan wanita tersebut menepis tangan pemandu itu yang cuba memegang bahagian pehanya daripada tempat pemandu, menurut laporan Tribun Medan, lelaki itu juga difahamkan berbual mengenai topik berkaitan seks.
“Menangis pulak!”
Sejurus itu, sebuah lagi video tular menunjukkan pemandu itu tadi sudah pun ditahan pihak berkuasa, apa yang menarik perhatian netizen ialah pemandu yang kelihatan berusia 40-an itu tiba-tiba menangis selepas perbuatan terkutuknya itu ‘terkantoi’.
@vinaa1388 post ulang.. vidio pertama di takedown
Pandai buat, pandai tanggung lah kan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



