“Semoga Cepat Sembuh Dan Boleh Mencarum KWSP Segera” – Shuib Sepahtu Berkerusi Roda, Netizen Berseloroh Ada Isu Sikit Terus Sakit

Entertainment
16 Nov 2023 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini, pelawak dan usahawan terkemuka Shuib telah berkongsi sebuah gambar di laman Instagram peribadinya yang menunjukkan dirinya berkerusi roda dan berada di sebuah hospital bersama isterinya.

Dalam hantaran yang sama, telah dikongsikan juga kapsyen yang berterima kasih kepada orang ramai kerana telah mendoakannya. Namun, hal ini meraih perhatian warganet apabila di gambar yang sama, Shuib gagal menyatakan punca dirinya dimasukkan ke hospital.

Baru timbul kes, dah sakit, kesian Shuib.

Tiba-tiba tak sihat pula.

Semoga cepat sembuh dan boleh mencarum KWSP segera.

image is not available

Sumber : Instagram  

Ekoran pos tersebut, rata-rata mendoakan agar pelawak ini diberikan kesembuhan segera. Tetapi, tidak terlepas dari kritikan netizen, ada juga yang memerli Shuib yang secara kebetulan jatuh sakit semasa namanya sedang hangat menjadi bualan.

Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meninggalkan komen membuat spekulasi usahawan ini telah meniru artis negara luar yang akan tampil dengan cara yang sama jika timbul sebarang kontroversi bagi meraih simpati.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Tak Ada Perkataan Yang Kata Saya Suruh Senyapkan Benda Ni.." - Nafi 'Back Up' Shuib, Yana Samsudin Beri Penjelasan