Pempengaruh Cik Epal mencuri perhatian selepas memuat naik perkongsian terbaharu ketika berada di Mahkamah Ampang, pada Khamis.
Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata, tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada orang ramai dan ada masanya tindakan berdiam diri merupakan pilihan yang lebih baik.
AdvertisementView this post on Instagram
“Bukan semua perkara perlu dijelaskan kepada semua orang.
“Ada masa kita diam bukan sebab kita salah, tapi sebab kita tahu ada perkara yang lebih baik diselesaikan di tempat yang sepatutnya.”
Dalam perkongsian sama, Cik Epal turut meminta orang ramai mendoakan agar urusannya bersama saksi-saksi dipermudahkan selain berharap keputusan berpihak kepadanya.
“Doakan urusan aku dan saksi-saksi aku semuanya dipermudahkan ye. Semoga kemenangan berpihak kepada kami.”
Untuk rekod, Cik Epal sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Emira Delyati Dewi pada 20 Disember 2024.
View this post on Instagram
Tindakan undang-undang itu difailkan selepas Cik Epal mendakwa tidak menerima permohonan maaf daripada Dewi berhubung kenyataan yang dibuat wanita berkenaan menerusi sebuah podcast.
Pada Januari 2025, Dewi dilaporkan telah memfailkan memorandum kehadiran bagi saman tersebut dan menegaskan bahawa kenyataan yang dibuatnya dalam podcast berkenaan adalah benar.
Cik Epal kemudiannya pada April tahun sama memaklumkan bahawa kes mahkamah antara mereka masih berjalan selain mendakwa sudah menyenaraikan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Dewi kini merupakan isteri kepada bekas suami Cik Epal, Jofliam selepas pasangan itu mendirikan rumah tangga pada April 2025.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ada Duit Kan? Repair La Muka" - Individu Tegur Kening, Muka Hitam, Ini Respon Usahawan Kieda Crepe
The post “Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Kami” – Cik Epal Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Saman Terhadap Dewi, Mohon Doa Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




