Cik Man ditidurkan, keadaan kesihatan kritikal akibat saluran jantung tersumbat

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 5:14 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Amir Raja Lawak berkongsi perkembangan kesihatan Cik Man yang kini dirawat di hospital

Pelakon Cik Man dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam tadi akibat masalah kesihatan melibatkan saluran jantung tersumbat.

Perkara itu dimaklumkan oleh usahawan dan pelawak Amir Raja Lawak menerusi hantaran di media sosial, sambil memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon berkenaan.

Menurut Amir, Cik Man atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff kini telah ditidurkan bagi membolehkan beliau berehat selain memberi ruang kepada doktor menjalankan rawatan.

“Keadaan beliau terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini telah ditidurkan untuk beliau rehat serta doktor lakukan rawatan,” katanya.

Baca juga:

Amir turut berharap segala urusan rawatan Cik Man dipermudahkan serta mendoakan agar pelawak itu kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan buat ketika ini, Cik Man tidak dibenarkan menerima kunjungan daripada orang ramai.

Amir berkata sebarang perkembangan terkini mengenai keadaan Cik Man akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Doa segala kebaikan buat Cik Man, insya-Allah,” ujarnya.

The post Cik Man ditidurkan, keadaan kesihatan kritikal akibat saluran jantung tersumbat appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved