“Semoga Kita Dapat Bersua,” Tomok Sahkan New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan

4 Nov 2022 • 7:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Semoga Kita Dapat Bersua,” Tomok Sahkan New Boyz Bakal Adakan Konsert Tahun Depan

Kumpulan ‘Boy Band’ New Boyz yang popular sekitar tahun 90-an bakal mengadakan konsert mereka selepas 20 tahun berada dalam industri muzik tempatan.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan itu melalui akaun Twitter miliknya.

Menurutnya, konsert ‘New Boyz Sejarah Mungkin Berulang’ itu bakal diadakan pada 10 dan 11 Februari 2023.

“Besar harapan saya untuk konsert ini. Semoga kita dapat bersua nanti. Khabarkan pada kawan kawan ya,” tulis Tomok dalam ciapannya hari ini.

Konsert itu dilaporkan bakal diadakan di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Art Centre.

Bagi mereka yang berminat, tiket akan mula dijual pada hari Isnin ini bersamaan 7 November bermula pada jam 10 pagi.