‘Semoga korang yang pergi konsert Coldplay tak ditimpa bala kehilangan anggota badan’ – Pempengaruh TikTok

Music
23 Nov 2023 • 12:35 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isnin lalu, seorang pempengaruh TikTok dikecam netizen kerana bersikap hipokrit dalam isu menggesa kerajaan membatalkan penganjuran konsert Coldplay.

Ini berikutan netizen menemui video pempengaruh berkenaan yang kelihatan seronok berzumba sakan bersama beberapa rakannya yang kemudian dimuat naik di TikTok untuk dipertontonkan kepada ramai.

Dalam video yang dimuat naik dua hari lalu, wanita berkenaan mendakwa bapanya juga menjadi mangsa kecaman netizen.

“Alhamdulillah, hari ini sampai kat papa dikecam netizen Coldplay. Teruskan menyokong konsert secara terang menyokong LGBT. Kebanyakan lelaki Islam,” katanya dalam video tersebut.

Pempengaruh kontroversi itu juga menjelaskan bapanya bukan kudung, tetapi terbabit dalam kemalangan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sebagai seorang anggota polis.

Dia juga sempat berdoa untuk mereka yang bakal menghadiri konsert Coldplay tidak ditimpa sebarang musibah.

“Semoga korang yang pergi tak ada ditimpa bala kehilangan anggota badan. Kifarah itu pasti!” katanya.

Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved