“Semoga Makin Laris” – Ramai Puji Keikhlasan Peniaga Char Kuetiau Belanja Pelanggan OKU

12 Mar 2026 • 11:24 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang menceburi dunia perniagaan, pembelian dari pelanggan menjadi sumber pendapatan utama.

Hasil itu jugalah yang digunakan untuk menampung kos operasi seperti kos membeli bahan mentah, gaji pekerja serta memastikan perniagaan terus bertahan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kebanyakan mereka mengutamakan keuntungan semata-mata.

Namun, masih ada segelintir yang langsung tidak berkira dengan pelanggan ketika menjalankan perniagaan.

Pelanggan OKU Datang Ke Kedai Membuat Pesanan

Itulah yang dilakukan oleh seorang peniaga Char Kuetiau di Pulau Pinang apabila dia bermurah hati membelanja seorang pelanggannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @waniss90, kelihatan pelanggan berkenaan pada mulanya datang ke kedainya, Wanis Char Kuey Teow Penang bagi membuat pesanan.

Melihat kehadiran pelanggan tersebut, peniaga itu terus melayannya dengan bertanyakan menu apa yang dimahukannya.

Kedengaran pelanggan OKU berkenaan membuat pesanan untuk empat orang ahli keluarga dan memesan makanan laut seperti kerang, sate ayam serta minuman.

Peniaga Murah Hati Belanja Pelanggan OKU

Setelah pesanan selesai dibuat, peniaga tersebut secara spontan memaklumkan kepada pelanggannya itu bahawa segala menu yang dipesan tidak perlu dibayar.

“Abang (pelanggan) tak payah bayar. Saya belanja abang. Abang tak payah bayar ye, saya belanja. Abang pergi duduk, kejap lagi saya hantar (pesanan),” katanya.

Tindakan peniaga itu nyata mengejutkan pelanggan berkenaan hingga pelanggan tersebut terus mendoakan kebaikan buatnya.

“Amin ya rabbal ‘alamin. Semoga doa tu berbalik dekat abang balik, semoga abang sihat juga,” katanya lagi.

@waniss90 Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain . Allah berhak tukar rezeki kita sedikit kepada insan insan yang dia kehendak #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – wanis charketeow penang new

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Puji Tindakan Peniaga Belanja Pelanggan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan peniaga itu yang dilihat ikhlas dan tidak berkira untuk berbuat baik kepada pelanggannya.

Malah, ada juga yang terharu melihat kebaikan yang dibuat apatah lagi pelanggan peniaga berkenaan merupakan OKU.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok;

“Semoga Makin Laris Perniagaan Abang Ini”

image is not available

“Pernah Layan Pelanggan Macam Ni, Sambil Catat Order Aku Sebak”

image is not available

“Macam Inilah Baru Betul, Ini Tak Bila Artis Datang Je Bagi Free, Bila Influencer Datang Je Bagi Free, Terima Kasih Owner”

image is not available

“Inilah Kedai Yang Sepatutnya Viral & Dipenuhi Pelanggan”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Rasa Apa Dia Rasa” – Peniaga Sedekah Tauhu Bergedil Kepada Pelanggan Cilik Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Eksperimen Sosial: Peniaga Sedekah Nasi Lemak Kepada Lelaki Yang ‘Mencuri’ Terima Pujian [Video]

View Original Article