“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih

7 Oct 2024 • 7:04 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Sherry Ibrahim menjadi perhatian netizen selepas menitipkan kata-kata semangat buat aktor yang juga bekas kekasihnya, Fattah Amin.


Mohon Fattah kuat hadapi dugaan


Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, mendoakan semoga urusan Fattah dipermudahkan oleh Allah SWT.

Dalam hantaran yang sama, Sherry berpesan Fattah harus tabah dalam melalui dugaan hidup ketika ini.


“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Kuatkan diri demi Fatima, Ibu, Ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi.

“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-Allah pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.

“Keep moving forward and semoga semua urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” coretnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Sherry Iby (@sherryibrahim)