“Semoga Terus Maju”, Kagum Dengan Kegigihan Jual Burger, PMX Hulur Sumbangan Kepada Adik Eerah

22 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Semoga Terus Maju”, Kagum Dengan Kegigihan Jual Burger, PMX Hulur Sumbangan Kepada Adik Eerah

Di sebalik cabaran yang dihadapi seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri atau lebih mesra dikenali sebagai Eerah tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berputus asa, sebaliknya terus berusaha membina kehidupannya melalui perniagaan burger.

Kegigihannya itu bukan sahaja mendapat perhatian pengguna media sosial, malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai.

Baca juga:

Kisah Eerah turut mendapat perhatian pihak kepimpinan negara apabila Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, hadir menyantuni beliau dan bapanya sambil menyampaikan sumbangan khas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Meskipun merupakan insan OKU pembelajaran termasuk disleksia, semangat serta kesungguhan Adik Eerah membuktikan bahawa kekurangan bukanlah satu halangan untuk berjaya," kata Datuk Ahmad Fauzi dalam hantaran Facebooknya.

Eerah mengusahakan perniagaan jualan burger yang dikenali sebagai Eerah Burger di Kota Warisan bersama ayahnya dan telah beroperasi selama 5 tahun.

"Kisah dan kegigihan Adik Eerah ini mendapat perhatian YAB Perdana Menteri melalui kisah beliau yang tular di media sosial baru-baru ini.

"Mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan kepada Adik Eerah sebagai tanda prihatin dan dorongan untuk lebih sukses," tambahnya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut berharap agar Eerah terus maju dalam perniagaan yang diusahakan dan terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved