“Sempat Buat Panggilan Video Terakhir Bersama Keluarga” - Anak Allahyarham Penyanyi Lagu Abang Beca, M Rizal

24 Aug 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

“Biarpun sedih, kami reda dengan pemergian ayah," Itu reaksi Roy Faisal, 41, anak bongsu penyanyi veteran, Allahyarham M Rizal atau nama sebenarnya Razali Hashim, 71, yang meninggal dunia di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai pada Khamis, akibat ulser perut.


Sempat suap makan pada arwah







"Tiga hari sebelum meninggal dunia, ayah memang tak makan langsung. Tetapi petang tu saya cuma suapkan nestum sebab ayah nampak lemah.

"Saya suapkan dalam jam 4 petang dan malam itu jam 10.55 malam ayah 'pergi',” katanya.


Panggilan video terakhir

Tambah Roy Faisal, pada Rabu malam, dia sempat membuat panggilan video bersama abang dan kakaknya.


"Ayah tinggal bersama saya dan ibu...malam semalam saya membuat panggilan video bersama abang dan kakak. Kami nampak ayah sedar dan tidak lama kemudian terus senyap,” katanya.


Sementara itu, Salmah memaklumkan Allahyarham tidak ada menunjukkan sebarang tanda atau meninggalkan pesanan sebelum ‘pergi’ kerana sifatnya yang sememangnya pendiam.

"Arwah memang pendiam, tetapi arwah selesa tinggal bersama anak-anaknya. Ada masa arwah akan duduk rumah anak di Johor, kadang kala akan ke rumah anak di Damansara termasuklah pulang ke kampung halaman di Ipoh, Perak.

“Arwah pun dah lama tak menyanyi dah lebih 20 tahun. Sejak anak-anak sekolah, arwah memang tak aktif menyanyi lagi, kalau ada pun sebab ada undangan saudara mara atau rakan-rakan,” katanya.

 

 

 

 



Jenazah Allahyarham M Rizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada jam 10 pagi Jumaat.

Allahyarham yang popular dengan lagu Abang Beca ketika zaman kegemilangannya dulu, merupakan juara Bintang RTM 1978.

Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian