Sempena Bulan Kebangsaan, MR D.I.Y. Bawa ‘Bersama Satu Bazaar 2026’ ke Johor Buat Kali Pertama, Ada Lebih 100 Gerai Menanti!

LocalSales & Promo
10 Sep 2026 • 11:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sempena Bulan Kebangsaan, MR D.I.Y. Bawa ‘Bersama Satu Bazaar 2026’ ke Johor Buat Kali Pertama, Ada Lebih 100 Gerai Menanti!

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di Lembah Klang sejak dua tahun lalu, MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.), peruncit nilai terkemuka di Malaysia, akan membawa sambutan Hari Kebangsaan utamanya, Bersama Satu Bazaar, ke Johor Bahru buat julung kalinya.

Berlangsung di tempat letak kereta Angsana Mall Johor Bahru dari 11 hingga 13 September 2026, acara mesra keluarga ini akan menampilkan lebih 100 gerai peniaga makanan dan gaya hidup tempatan di Jalan Viral, membolehkan pengunjung menikmati juadah tempatan sambil menyokong usahawan tempatan.

Suasana meriah di Jalan Viral sepanjang MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar, tempat pengunjung berkumpul untuk meneroka pelbagai pilihan makanan, minuman, dan jenama gaya hidup tempatan.

Jalan DIY pula menawarkan pengunjung ruang untuk membeli barangan keperluan harian sambil menikmati pelbagai pilihan snek dan minuman. Bagi keluarga pula, Jalan Fun menghadirkan permainan interaktif, aktiviti secara langsung, serta persembahan kebudayaan sepanjang acara tiga hari ini.

Pengunjung boleh membeli barangan keperluan harian, snek, dan minuman di bahagian Jalan DIY di MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar.

Keistimewaan eksklusif dan ganjaran edisi terhad untuk ahli-ahli MR.DIY Club

Ahli MR.DIY Club boleh menikmati keistimewaan eksklusif sepanjang bazaar berlangsung.

Ahli yang mempunyai satu Bag dalam akaun aplikasi mereka akan menerima baucar secara automatik yang memberikan akses sekali sahaja ke VIP Member Lounge yang berhawa dingin, di mana mereka boleh berehat seketika daripada kemeriahan bazaar sambil menikmati minuman percuma.

Keistimewaan eksklusif serta minuman dan snek percuma menanti ahli MR.DIY Club di VIP Member Lounge sepanjang MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar.

Pengunjung yang belum mendaftar sebagai ahli boleh memuat turun aplikasi MR.DIY Club di tapak acara dan berbelanja minimum RM20 di Jalan DIY untuk mengumpul satu Bag dan seterusnya menikmati keistimewaan akses ke VIP Member Lounge.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Selain itu, ahli juga boleh menyelesaikan misi khas dalam aplikasi MR.DIY Club sepanjang bazaar untuk menebus barangan edisi terhad MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar.

MR D.I.Y. Bersama Satu Bazaar 2026 dianjurkan dengan kerjasama Visa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. Malaysia di SINI atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved