Sempena CATS DAY OUT, Sumbangan Diberi Kepada Yang Memerlukan Di Kuching

13 Jan 2024 • 4:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sumbangan beri manfaat kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan mangsa kebakaran

Sempena CATS DAY OUT, Sumbangan Diberi Kepada Yang Memerlukan Di Kuching. Dilaporkan, CATS FM telah menyerahkan sumbangan kepada beberapa penerima sempena showcase CATS DAY OUT: NEW YEAR 2024 di The Hills Kuching hari ini. Bantuan kewangan berkenaan merupakan yang pertama bagi stesen radio CATS pada tahun ini dalam meneruskan Tanggungjawab Sosial Korporatnya menerusi program CATS Prihatin untuk memacu perubahan yang mampan dalam masyarakat.

CATS FM yang diwakili Pengarah Urusan KRISTAL HARTA SND BHD, Tuan Hj Mohd Iskandar Mohd Nawawi menyampaikan sumbangan kepada empat organisasi dan mangsa kebakaran.

image is not available
Sempena CATS DAY OUT, Sumbangan Diberi Kepada Yang Memerlukan Di Kuching. Sumber foto: CATS FM

Penerima sumbangan adalah

Penerimanya ialah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni (diwakili oleh Ustaz Raziman), Madrasah Darul Uloom Al-Fatah (diwakili oleh En. Anas bin Saini), Madrasah Tahfiz Al-Hannah (diwakili oleh En. Mohamad Hazri bin Sait) dan Madrasah Maahad Tahfiz Husnul Khotimah (diwakili oleh Ustaz Nur Arif bin Arbi).

Selain itu, 10 buah keluarga yang rumah mereka musnah atau terjejas akibat kebakaran di Kampung Bintawa Hilir baru-baru ini turut menerima sumbangan daripada Mohd Iskandar.

image is not available
Sumber foto: CATS FM

image is not available
Sumber foto: CATS FM

Sumbangan hari ini adalah sebagai penghormatan kepada mantan Pengerusi Kristal Harta, Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Bujang Mohd Nor, yang meninggal dunia pada 10 Oktober tahun lalu. Beliau telah menerajui syarikat ini sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu. Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin yang berkaliber, malah beliau adalah seorang dermawan yang sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya dan menyumbang kepada masyarakat sama ada dalam pendidikan, kesihatan, atau pembangunan masyarakat. Inilah legasi yang CATS ingin teruskan dan pertahankan,” kata Mohd Iskandar.

Dalam masa yang sama, orang ramai dilihat telah tiba seawal jam 10 pagi ke The Hills Kuching hari ini untuk menyaksikan artis popular termasuk Suffian Suhaimi, Marsha Milan, Nabila Razali dan Insomniacks membuat persembahan. Penyampai CATS turut menghiburkan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil selfie bersama selebriti radio kegemaran mereka.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/tengku-hassanal-lawatan-sarawak-bulan-ini/

https://www.iloveborneo.my/penerbangan-direct-airasia-dari-kota-kinabalu-ke-jakarta-akan-dibuka-semula/