Warga Emas Rela Beratur Panjang Demi Angpau RM30 Dari Toto Sibu

11 Jan 2024 • 4:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sport Toto Sibu Bagi Angpau Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina

Warga Emas Rela Beratur Panjang Demi Angpau RM30 Dari Toto Sibu. Satu hantaran tular di media sosial mengenai warga emas berkumpul dan beratur panjang sejak awal pagi di hadapan Agensi Nombor Ramalan Sport Toto, Sibu.

Menerusi perkongsian di Facebook @Sibu Sarawak page, kelihatan ramai warga emas sedang beratur panjang untuk mendapatkan ‘angpau‘ di kedai Sport Toto tersebut.

image is not available
Warga Emas Rela Beratur Panjang Demi Angpau RM30 Dari Toto Sibu. Sumber: SibuSarawakPage

Menjengah ke ruangan komen pula, segelintir netizen menyatakan bahawa Sport Toto akan memberi angpau kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sahaja.

Dalam pada itu, ada juga yang berseloroh mengatakan orang yang beratur panjang kemungkinan mengadakan kenduri.

Difahamkan, angpau tersebut diberikan kepada warga emas sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada bulan Februari ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/dapat-rm250k-sekelip-mata-individu-dari-sibu-ini-bertuah-menang-hadiah-toto-4d/

https://www.iloveborneo.my/dua-individu-bertuah-dari-sabah-ini-menang-toto-jackpot-bernilai-rm-21-8-juta/