Sempena hari jadi ke-47, Noorkhiriah terima hadiah set kain kafan daripada suami

11 Apr 2025 • 12:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa terkejut apabila suaminya, Azfaizul Ahtan menghadiahkan set kain kafan sempena ulang tahun kelahiranya yang ke-47.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Noorkhiriah atau nama lengkapnya Nookhiriah Ahmad Shapie, dia bagaimanapun menerima pemberian insan tersayangnya yang diikat dengan reben berwarna merah dengan hati terbuka.

Set kain kafan

image is not available

“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.

“Siap dengan riben. Saya terima,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia menganggap hadiah set kain kafan itu sebagai tanda mengingati kepada kematian yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia di muka bumi ini.

Set kain kafan

image is not available

“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa.

“Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur. Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelasnya.

Sekadar info, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6.

Sumber: Instagram @Khiriah17