Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, Polis Beri Diskaun Saman Trafik Sehingga 50%

5 Dec 2023 • 3:25 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Berita baik untuk orang ramai! Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% untuk saman trafik terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula Jumaat hingga Ahad ini.

image is not available

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Mohd Azman Ahmad Sapri berkata pembayaran hanya boleh dibuat di kaunter di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sahaja.

Bagaimanapun, Azman berkata diskaun saman itu tidak melibatkan kesalahan lalu lintas pada 2023 yang melibatkan kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Azman juga menasihatkan orang ramai menyemak lebih awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar polis sebelum ke kaunter pembayaran.

“Langkah itu bagi mengelakkan kesesakan lokasi dan untuk melancarkan proses pembayaran saman,” katanya dalam kenyataan.

Pengurangan ini bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved