Sempena Ramadan, Kantin At The Granary Menawarkan Menu Istimewa Briyani Lamb Shank Untuk Anda

16 Apr 2023 • 5:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lamb Shank dihidangkan di sini memang besar!

Sempena Ramadan, Kantin At The Granary Menawarkan Menu Istimewa Briyani Lamb Shank Untuk Anda. Buat anda di luar sana yang masih lagi mencari port berbuka puasa, apa kata anda singgah di Kantin at The Granary untuk menikmati menu baharu mereka iaitu Briyani Lamb Shank.

Seperti yang kita tahu, tak lama lagi dah nak raya, pasti ramai diantara anda di luar sana yang sudah tiada masa lagi untuk menyediakan makanan iftar kerana sibuk membuat persediaan raya.

image is not available
Sempena Ramadan, Kantin At The Granary Menawarkan Menu Istimewa Briyani Lamb Shank Untuk Anda. Kredit foto: Kantin at The Granary

Jadi untuk artikel kali ini, kami ingin menyarankan anda satu menu lazat yang disediakan oleh restoran tempatan terkenal di Kuching yang baru sahaja dikeluarkan pada bulan Ramadan ini.

Dihidangkan dalam talam bersama menu sampigan yang lazat, pengalaman iftar anda kali ini pasti akan menjadi lebih menarik.

image is not available
Kredit foto: Kantin at The Granary

Sesuai untuk dikongsikan bersama orang tersayang

Nasi Briyani ini bukan sekadar enak, malah portionnya juga besar dan sesuai untuk dikongsikan bersama orang tersayang di bulan Ramadan ini.

Jika anda ingin menikmati nasi briyani lamb Shank yang enak di Kantin at The Granary ini, anda boleh membuat tempahan di sini: https://wa.link/ind0ug.

Lagi port Iftar menarik untuk anda di sini: