Kombinasi Unik Dengan Rasa Mantap, Anda Perlu Cuba Roti John Madu Cheese Leleh Di Bazaar Satok Ini

8 Apr 2023 • 3:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Roti John istimewa di Bazaar Ramadan Satok!

Kombinasi Unik Dengan Rasa Mantap, Anda Perlu Cuba Roti John Madu Cheese Leleh Di Bazaar Satok Ini. Kalau anda belum buat perancangan lagi nak makan apa untuk berbuka puasa nanti apa kata anda cuba satu hidangan istimewa di Bazaar Ramadan Satok ini iaitu Roti John Madu Cheese Leleh.

Roti John sememangnya menjadi salah satu hidangan istimewa digemari rakyat Malaysia dan perlu ada terutamanya di bulan Ramadan.

image is not available
Kombinasi Unik Dengan Rasa Mantap, Anda Perlu Cuba Roti John Madu Cheese Leleh Di Bazaar Satok Ini. Kredit gambar: Dvibes.channel

Roti John unik dan istimewa di Bazaar Ramadan Satok

Di Kuching, agak sukar untuk mendapatkan Roti John yang padu dengan isi yang padat dan enak. Namun buat tahun ini, boleh dilihat semakin rancak penjualan Roti John yang mantap di sini.

Kalau anda peminat Roti John, anda perlu cuba Roti John unik dan istimewa di Bazaar Satok ini! Menyediakan Roti John Madu Cheese Leleh, kombinasi ini pasti akan membuat anda jatuh cinta.

image is not available
Kredit gambar: Dvibes.channel

Kombinasi roti John ayam dan daging madu dengan Cheese Mozzarella

Kombinasi Roti John ayam madu dan daging madu yang manis-manis serta topping Cheese Mozzarella yang savoury membuatkan Roti John di sini istimewa.

Jadi tunggu apa lagi, kalau anda ada singgah di Bazaar Ramadan Satok, anda mesti bawak pulang Roti John Madu Cheese Leleh Ini!

Lagi saranan menu berbuka puasa untuk anda di sini: